CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29879|Reply: 18

Berbaik dengan bekas suami? Minta dijauhkan – Bella Astillah

[Copy link]
Post time 15-10-2024 10:58 PM | Show all posts |Read mode



Ditebak ingin berbaik semula dengan bekas suami, pelakon dan penyanyi Bella Astillah memaklumkan pengumuman yang ingin didedahkan hari ini bukan berkaitan Aliff Aziz.


Begitupun, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mengakui hantaran dalam media sosial itu hanya sebagai gimik untuk menguar-uarkan konsert A Night With Sumandak Stars.


“Hantaran yang saya kongsikan mengenai satu pengumuman adalah gimik yang dibuat mengikut permintaan penganjur berkenaan konsert membariskan penyanyi Sabah.


“Sejujurnya saya takut untuk buat hantaran tersebut sebab selama ini tidak pernah berbuat sedemikian, tetapi keluarga pun beri lampu hijau.


“Tapi saya tak sangka ada yang salah faham fikir pengumuman itu berkaitan masa silam saya. Kalau kata nak berbaik balik itu, benda itu tidak mungkin terjadi,” katanya selepas sidang media pengumuman konsert A Night With Sumandak Stars, hari ini.


Ibu tunggal dua anak itu mengakui menerima banyak mesej berikutan perkongsian tersebut sekali gus terharu kerana maklum balas netizen menunjukkan mereka prihatin terhadap dirinya.




“Tak jangka pun, sebenarnya makin ramai yang komen pasal masa silam saya, saya makin berdebar. Kalau kalian takut, apatah lagi saya.


“Saya pun minta maaf kalau ada yang risau. Jika makin ramai orang komen begitu (berbaik), saya cuma minta dijauhkan.


“Jangan bimbang, fokus saya sekarang hanyalah anak-anak serta kerjaya saya. Terima kasih sebab ambil berat,” ujarnya.


Mengenai konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 November depan, Bella berbesar hati apabila bakal berpeluang sepentas dengan ramai penyanyi hebat ‘sekampungnya’


Artis lain ialah Marsha Milan, Stacy, Nikky Palikat, Adira Suhaimi, Wanie Kayrie serta Didi Astillah.


“Semuanya belum diperincikan terutama pemilihan lagu. Kami akan duduk semeja dalam tempoh terdekat untuk berbincang mengenai konsep.


“Apa pun tawaran dibuka penganjur merupakan peluang keemasan yang juga pertama kali saya sepentas bersama penyanyi wanita hebat seperti mereka,” katanya.


  



Terdahulu, Bella memuat naik hantaran dalam Instagram memberitahu bakal membuat pengumuman istimewa selain berharap peminat menerima berita itu dengan baik.


Biarpun tidak memberi gambaran, ramai yang mengaitkan perkongsian yang akan dihebahkan berkenaan dengan bekas suaminya, Aliff.


Bahkan ada peminat meluahkan kebimbangan sekiranya Bella bakal kembali ke pangkuan Aliff selepas mereka bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.


Perkongsian hidup Bella dan Aliff selama lapan tahun dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo x kait mengait ngn ex susah carik mkn ke cemana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 07:42 AM | Show all posts
diam je lah bella senduk... ko tu ada sejarah u-turn ke cendawan enoki tu... cakap je la no komen.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:39 AM | Show all posts
Lol mula dah gunakan ex sbg modal. This is not Puteri Sarah 2.0 but rather Ngai 2.0
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 10:46 AM | Show all posts
dulu org nasihat ko mocked org....ko backup sindir2 bagai.
ko lah wanita yg jenis love harder in order to change a husband.
sekarang...gagal total baru berakal kena cekup JAWI.
jog on.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 10:57 AM | Show all posts
eh tak boleh berbaik ke? berbaik, bukannya suruh rujuk, suruh berkepit dgn dia ke hulu-hilir bawak anak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2024 11:00 AM | Show all posts
asal gusip je nk kaitkan dgn ex...move on je la...xyah menunggang sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbaik setelah berpisah apa salahnya demi anak2 membesar...mudah anak2 nk hidup bila ibubapa berbaik walaupun berpisah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko nk mintak tolong apa pun mudah kalau berbaik dgn bekas pasangan ..x kira suami atau isteri...hidup anak2 pun aman mudah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 11:09 AM | Show all posts
velvet xde?suara dia sedappp
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 12:25 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 16-10-2024 06:27 AM
Kalo x kait mengait ngn ex susah carik mkn ke cemana?

KANNNN......KNA BUAT KOTROVERSI PSL AA BRU ORG NK BACA KER..HAIYOOOOOOO...OTAK PENYOKONG DIA SAMA LA MCM DIA?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 12:40 PM | Show all posts
Betul jangkaan aku dan sesiapa yg sependapat dgn aku.

Dia ni kalau tak petik nama ex mmg tak leh cari makan

Booooo...Bellahanat
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Org kalau x nk d kaitkan ...bukak citer pun xnak ...citer je lah tanpa alip siapa lah bella hahaha walau alip tu jahat cmne pon so ko mmg terpaksa guna nama alip ..ni didi masuk family duo sapa nk kenal hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada yg menanti jandamu boleh le kata tak nk uturn
Kena lak sekarang job merata, wpun bakat nan hadoo, kemain lagi dak kemik meriak.
Dulu masa kau harapkan reta laki, 11 kali curang pun kau tak kisah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 01:24 PM | Show all posts
Halah dulu sanggup2 je kau angkut anak tu ke Singapura.. Dah ada anak ikan, mintak jauh pulak.. Kau dah malu cakap jelah, dah habis semua aib
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 01:25 PM | Show all posts
Kalau panjang umur, nanti anak nak kawin jangan cari bapak dia eh.. Nanti 10-15 tahun kita masuk sini balik
Banyak contoh yg ada, anak nak kawin baru cari bapak tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 01:33 PM | Show all posts
tak risau ke nyanyi sebaris dengan penyanyi hebat?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 01:34 PM | Show all posts
dah ditanya pasal ex, dia jawablah
tapi jawab je la no komen kan
atau janganlah kaitkan aku dengan ex

tapi
apapun jawapan Bella
dia tetap akan dikecam jua

sian ko Bella

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tak bermusuh utk anak bkn suh berbaik comolot pun
reporter pun sudah2 la tnya perihal ex dia dah tau org tu meluat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.344346 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list