CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14656|Reply: 4

[Tempatan] Kerajaan berjaya dapatkan semula RM27.17 bilion dana 1MDB setakat akhir September

[Copy link]
Post time 16-10-2024 06:34 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya mendapatkan kembali sejumlah RM27.17 bilion dana berkaitan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat 30 September 2024, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.


Beliau berkata, dana yang dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (AAMKA) itu, masih berbaki sebanyak RM3.04 bilion.


“Kerajaan akan meneruskan usaha untuk mendapatkan semula semua dana berkaitan 1MDB yang telah diseleweng dengan matlamat utama untuk memaksimumkan pulangan bagi melunaskan hutang 1MDB mengikut masa yang telah ditetapkan,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam teks ucapan penggulungan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 di Dewan Rakyat hari ini.


Teks ucapan itu dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.


Amir Hamzah yang berada dalam persidangan itu tidak dapat membuat ucapan penggulungan kerana mengalami keradangan saluran kerongkong atau laringitis.


Sementara itu, beliau berkata jaminan pembiayaan kepada 1MDB sehingga RM5 bilion adalah berdasarkan kepada kelulusan Jemaah Menteri pada 1 April 2009.


Menurutnya, pembiayaan ini dilaksanakan melalui terbitan sukuk Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) pada 29 Mei 2009 dengan tempoh matang selama 30 tahun iaitu sehingga 29 Mei 2039 dengan kadar faedah sebanyak 5.75 peratus setahun.


“Sehingga September 2024, jumlah faedah/kupon yang telah selesai adalah RM4.312 bilion,” kata Amir Hamzah.


Semalam, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 melaporkan Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan geran berjumlah RM39.74 bilion kepada syarikat 1MDB bagi tempoh 2019 hingga 2023 untuk pelunasan prinsipal dan perbelanjaan lain termasuk faedah bon serta bayaran kupon.


Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan juga perlu menyediakan peruntukan berjumlah RM9.46 bilion, yang terdiri daripada sejumlah RM5.0 bilion bagi prinsipal sukuk IMTN yang akan matang pada 27 Mei 2039 dan RM4.46 bilion bagi bayaran kupon IMTN bagi tempoh 2024 sehingga 2039 (15 tahun 6 bulan). – BERNAMA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2024 11:20 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. wow syabas team yg berusaha keras dpt kan balik
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 11:26 AM | Show all posts
cilaka tul najib dan jho low ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.071147 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list