|
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 2-6-2011 01:57
'Mata Ayer' Legenda Sedih Kematian Melati
Zamarul Hsiham dan Azza (Elite)membintangi 'Mata Ayer' menerusi slot Legenda di TV3.
PETALING JAYA: TV3 menerusi slot Legenda memperkenalkan drama bersiri terbaru iaitu Mata Ayer yang mula disiarkan pada Isnin lalu.
Drama 20 episod terbitan Zeel Production itu menemui penonton pada setiap Isnin hingga Khamis selama sejam bermula pukul 4 petang.
Drama yang mengambil alih siri Kemboja Puteh itu membariskan pelakon-pelakon terkenal antaranya Zamarul Hisham, Azza (Elite), Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah.
Turut berlakon Hairi (Anak Wayang), Sharifah Shakinah, Norlia Ghani, Zain Saidin serta pendatang baru Syaff Shamim, Redza Hasbi dan Nur Hirzi.
Berlatarbelakangkan sebuah kampung di Perlis, ia mengisahkan bagaimana penduduk kampung masih mempercayai perubatan tradisional daripada Tok Ipin (Zamarul Hisham) sekiranya mempunyai masalah kesihatan ataupun gangguan makhluk halus.
Kehebatan Tok Ipin disegani dan disanjung oleh penduduk kampung.
Bagaimanapun Tok Ipin mula berasa tercabar dengan wujudnya sebuah klinik desa kerana ia telah menjejaskan pendapatannya sebagai sorang bomoh dan pengamal ilmu hitam.
Maka, Tok Ipin telah menghebahkan kisah legenda Mata Ayer kepada seluruh kampung supaya penduduk-penduduk akan terus mempercayai kebolehannya dalam mengubati mereka dengan ilmu batin.
![](http://mstar.com.my/archives/2011/4/14/mstar_hiburan/zainnnn.jpg)
Zain Saidin dan Azza
Punca mata air dikaitkan dengan legenda Melati yang dikhabarkan ghaib ratusan tahun dahulu di sebuah kaki bukit. Roh Melati dikatakan tidak tenteram dan masih meratapi kematian keluarganya sehingga kini.
Air matanya telah menghasilkan satu aliran kecil. Malah air tersebut juga dikatakan sebagai ubat mujarab dan penawar bagi segala penyakit dan gangguan makhluk halus.
Hanya Tok Ipin sahaja yang diamanatkan untuk mengambil air daripada mata air itu untuk perubatan tradisional.
Kehadiran Ustaz Akhbar (lakonan Hairi Anak Wayang) telah mencabar kredibiliti Tok Ipin sehingga dia memasang pelbagai muslihat untuk terus kekal berpengaruh selain mendapatkan kepercayaan daripada penduduk kampung tersebut.
Lebih menarik, drama ini turut menampilkan single terbaru Farawahida, Jangan Tanya Aku Lagi sebagai lagu tema yang dijangka popular. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
boleh tahan gak hantu norlia ghani tu, seram aku nak tidur malam2 |
|
|
|
|
|
|
|
nape le start kul 4ptg
... xsempat tengok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# bbalik
sebab nak tayang nur kasih kul 5 ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak tengok slot lagenda...dulu boleh jugak tengok malam. Siang kerjalah wei. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak tengok slot lagenda...dulu boleh jugak tengok malam. Siang kerjalah wei.
krayolan Post at 28-4-2011 12:05 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
kan... aper laaa dah tak tayang kat ntv9... |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok episod 1 hingga 12 kat tonton. ari ni kat leh tengok kat tv cos cuti......
tayang waktu keje.....kurang sesuai....ia hanya tuk golongan yg tak keje leh la....
tp...cite dia best and menarik....nasib baik ada tonton....ada juga peluang nk tengok.
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ak baru start godek2 cerita ni kat youtube..
nape xglamer citer ni eh? cinematografi lawa, lagu tema best, pelakon semua mantap2 (cuma kurang glamer je)..
pelakon utama yang nama sharifah sakinah tu rupanya adik kepada shira dan leen.. lawa dan pandai berlakon.. ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|