CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31925|Reply: 0

[Sarawak] PVATM Sarawak sokong cadangan veteran ATM dipertimbang bekerja di MCBA

[Copy link]
Post time 17-10-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

SIBU: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Sarawak menyokong cadangan Ahli Parlimen Ketereh Datuk Khlir Mohd Nor, agar veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipertimbang untuk bekerja di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA).

Yang Dipertua PVATM Sarawak, Jimbau Galau (gambar), menegaskan ramai veteran ATM, terutamanya yang masih muda dan berkemahiran, layak untuk diambil bekerja dalam agensi tersebut.

Menurutnya, pengalaman luas para veteran dalam aspek keselamatan negara boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuh keselamatan sempadan.

"Kami menyokong penuh kenyataan Datuk Khlir. Ramai veteran ATM yang telah bersara masih mampu berkhidmat dan mempunyai kepakaran yang diperlukan oleh agensi seperti MCBA," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jimbau menambah, langkah ini bukan sahaja membantu veteran, tetapi juga memberikan sumbangan penting kepada keselamatan negara.

Terdahulu, Khlir menyampaikan cadangan tersebut semasa Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, untuk mempertimbangkan pengambilan veteran ATM dalam MCBA.

MCBA dijangka mengambil alih peranan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di pintu-pintu masuk negara.

Jimbau juga menambah, PVATM sentiasa mengharapkan kerajaan memberi perhatian terhadap kebajikan veteran ATM, terutamanya dalam memastikan mereka diberi peluang kerjaya selepas tamat perkhidmatan.

“Penglibatan mereka dalam MCBA bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, tetapi juga memastikan pengalaman dan kepakaran mereka terus memberi manfaat kepada negara,” ujarnya.

Beliau berharap agar cadangan tersebut dipertimbang secara serius oleh kerajaan demi memastikan para veteran terus berperanan dalam menjaga keselamatan negara.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.042897 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list