CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39261|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 2,000 kampit beras diagihkan percuma 27 Oktober ini

[Copy link]
Post time 18-10-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode


Lee (duduk tengah) bersama jawatankuasa Persatuan Persatuan Penganut Agama Buddha Hwa Kwang Miri.

MIRI: Lebih 2,000 kampit 10 kilogram (kg) beras akan diagihkan secara percuma kepada penduduk Miri pada 27 Oktober ini.

Aktiviti amal itu dianjurkan Persatuan Penganut Agama Buddha Hwa Kwang Miri.

Pengerusi Lee Eng Pin memberitahu, aktiviti akan diadakan di tokong persatuan di Lot 649, Taman Tunku di sini, bermula jam 8 pagi.

"Pada tahun ini, kami menyediakan sebanyak 2,024 kampit beras untuk didermakan.

"Kami akan mengedarkan kupon bermula jam 8 pagi," jelasnya.

Lee menasihati penduduk agar membawa bersama payung dan baju hujan sebagai persediaan sekiranya cuaca hujan.

Beliau memberitahu, aktiviti tersebut yang kedua dianjurkan persatuan dan tokong itu untuk membantu penduduk khasnya dalam kalangan golongan memerlukan.

"Kita juga ingin memberi inspirasi kepada orang lain dan mempromosikan kasih sayang supaya masyarakat umum dapat terus mengambil berat tentang kumpulan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.099122 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list