CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15586|Reply: 0

[Sarawak] Premier bakal umum insentif wang saku untuk pelajar Sarawak dalam Belanjawan Negeri 2025 Nov nanti

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:44 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari ditemani Fadillah dan Dr Sim bersama barisan Menteri Kabinet Persekutuan dan Negeri serta tetamu kehormat lain merakam gambar kenangan bersama.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 25,000 pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia akan menerima insentif wang saku daripada kerajaan negeri, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Berita gembira itu akan beliau umumkan dalam Belanjawan Sarawak 2025, yang akan dibentangkan bulan depan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Saya akan umumkan butirannya bulan depan.  Wang saku akan disediakan untuk pelajar Sarawak yang belajar di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia.

“Berdasarkan anggaran saya, inisiatif ini akan memanfaatkan sekitar 25,000 pelajar di seluruh negara.

“Bagaimanapun, hanya mereka yang mempunyai kad pengenalan yang sah bertanda ‘K’ (Sarawak) akan layak menerima bantuan ini.

“Sama ada mereka yang belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), atau kolej lain, kami akan memberikan insentif ini untuk menampung keperluan asas setiap bulan," katanya.


Ketibaan Abang Johari yang ditemani Fadillah pada sesi dialog awam Lan Berambeh Anak Sarawak 2024.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog awam Lan Berambeh Anak Sarawak 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Sabtu.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, menteri dan timbalan menteri persekutuan dan negeri serta tetamu kehormat lain.

Selain insentif wang saku, katanya, kerajaan Sarawak juga akan mengumumkan insentif untuk komputar riba juga kepada pelajar Sarawak.

Abang Johari memberitahu, pemberian insentif itu dapat dilaksanakan mengikut kemampuan pendapatan kerajaan Sarawak.

“Alhamdullilah, hasil negeri kita terus meningkat setiap tahun, dan kita bekerja keras untuk menjana dana yang boleh kita sumbangkan semula kepada rakyat Sarawak,” tambahnya.

Dalam dialog awam itu juga, beliau menegaskan bahawa Sarawak masih memerlukan sumber tenaga mahir dalam pelbagai bidang penting terutama teknologi dan kejuruteraan.

Ini jelasnya bagi memenuhi keperluan Sarawak selari dengan usaha negeri dalam pembangunan ekonomi digital, tenaga hijau, hidrogen, aeroangkasa, tenaga boleh diperbaharui dan lain-lain.


Abang Johari menyampaikan biasiswa Yayasan Sarawak kepada Sharon Wong Kah Khei sempena Lan Berambeh Anak Sarawak 2024.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.052822 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list