View: 46875|Reply: 33
|
[Tempatan]
'Letupan, gegaran di Ipoh bukan letupan kuari atau latihan polis'. #2, Tiada kaitan kejadian gempa bumi, letupan kuari – Polis
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 21-10-2024 08:32 AM
'Letupan, gegaran di Ipoh bukan letupan kuari atau latihan polis'
https://www.malaysiakini.com/news/723411
Diterbitkan: Oct 21, 2024 3:37 PM
Dikemaskini: 3:57 PM
Polis sedang menyiasat laporan mengenai bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di sekitar Ipoh pagi tadi.
Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris (gambar atas) berkata punca kejadian tersebut masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan.
Jelasnya, hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari ini.
Semakan dengan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) juga kata Azizi mendapati tiada letupan yang dijalankan di mana-mana kuari sebelum pukul 12 tengah hari.
“Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendapati, daerah Ipoh tidak terkesan dengan sebarang aktiviti seismik walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi tadi.
“Polis sedang menyiasat insiden ini dan orang ramai dinasihati supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga mencetuskan kegusaran awam,” katanya pada kenyataan, hari ini.
Terdahulu, penduduk Ipoh dilaporkan cemas selepas merasa gegaran selama beberapa saat disusuli bunyi kuat seakan dentuman.
Media melaporkan gegaran dirasai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Chemor, Stadium Perak, Meru Raya, Falim dan Gugusan Manjoi.
Pengguna media sosial turut mendakwa kejadian sama berlaku di Tanjung Rambutan, Klebang, Jelapang, Tambun, Silibin serta turut dirasai pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gegaran dan letupan kuat tiada kaitan kejadian gempa bumi, letupan kuari – Polis
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... bumi-letupan-kuari/
Oleh ASLIZA MUSA
21 Oktober 2024, 3:51 pm
Gambar hiasan
IPOH – Gegaran kuat diikuti bunyi dentuman yang mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di Ipoh dan kawasan berdekatan tidak mempunyai kaitan dengan kejadian gempa bumi di Indonesia.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mendapati tiada aktiviti seismik dikesan di Ipoh meskipun terdapat kejadian gempa bumi di Halmahera, Indonesia pada pukul 11.24 pagi tadi.
“Selain itu, kita turut membuat semakan dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara dan dimaklumkan tiada latihan berkaitan letupan dijalankan hari ini.
“Malah, semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) juga mendapati tiada letupan dijalankan di kuari sebelum pukul 12 tengah hari,” katanya hari ini.
Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian yang dilaporkan berlaku pada pukul 11 pagi.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden itu bagi mengelakkan kegusaran awam.
“Kita minta mana-mana individu yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pusat Kawalan Kontinjen Perak di talian 05-2451119 atau 05-2451073,” katanya.
Terdahulu, gegaran diikuti bunyi dentuman kuat itu mengejutkan penduduk di bandar raya ini yang mana rata-rata mereka menyangka ia berpunca daripada aktiviti letupan di tapak kuari.
Tinjauan di media sosial mendapati gegaran turut dirasai di beberapa kawasan termasuk Tasek, Stadium Perak, Manjoi, Meru, Falim, Bercham dan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora.
Pada Oktober 2018, insiden sama pernah berlaku di bandar raya ini dan daerah berdekatan termasuk Taiping, namun puncanya masih belum diketahui sehingga kini.
Ini berikutan pihak Jabatan Mineral dan Geosains Perak menafikan berlakunya sebarang aktiviti kuari, malah, METMalaysia menafikan kejadian itu berpunca daripada gempa bumi selain Akademi Tentera Udara turut menafikan ianya disebabkan aktiviti latihan. – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Raksasa Bota
Atau Naga Sg Perak
|
|
|
|
|
|
|
|
❗️ Gegaran dan dentuman kuat di Ipoh, berpunca daripada ledakan sonik ❗️
#Ipoh Kejadian gegaran dan dentuman kuat yang dirasai di beberapa kawasan sekitar Ipoh, hari ini berkemungkinan berpunca daripada ledakan sonik, kata penganalisis pertahanan, Zaki Salleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
so kapal tebang sapa?
malaysia ke israel ? |
|
|
|
|
|
|
|
Sonic boom dari pesawat milik? |
|
|
|
|
|
|
|
Meriam berdentum suruh bersiap mengadap banjir |
|
|
|
|
|
|
|
Sonic the hedgehog????
Datang dr mana? Sapo yg antar |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 letupan kat kuari kesan tarahan gunung kat area situ |
|
|
|
|
|
|
|
Suspennyaaa..x sabar nk tau sbb apa |
|
|
|
|
|
|
|
tungkai replied at 21-10-2024 09:28 PM
Ntah2 letupan kat kuari kesan tarahan gunung kat area situ
Nak sorok aktiviti payung kuning?? |
|
|
|
|
|
|
|
Nk tau juga apa punca, seram nak2 plak banyak kejadian bencana lately |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa Thor naik Asgard |
|
|
|
|
|
|
|
tungkai replied at 21-10-2024 09:28 PM
Ntah2 letupan kat kuari kesan tarahan gunung kat area situ
dah check katanya mmg takde aktiviti letupan kat akuari time kejadian tu. tp tatau la kan kot saje buat cerita takde
ledakan sonik dari apa plak laa tup2 kebabom bergegar satu ipoh.
semua pakat taktau taknak ngaku |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan td caam cakap takde sebarang pesawat tentera kat ruang udara ipoh ke ? Mcm ada baca official statement td |
|
|
|
|
|
|
|
Gegaran diikuti bunyi letupan....ni bukan ciri2 sonic boom.....nak kata ujian nuklear bawah tanah, Malaysia xde senjata nuklear.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah ntah letup kuari tanpa permit. Memang le pej tanah tak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul letupan kuari pun xde nye bergegor satu Ipoh.....mesti ade benda lain tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang kuat ke bunyi tu kome sapa dok ipoh buleh sahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan letupan kuari.. bukan latihan polis... bukan gempabumi... habis tu apa?
Tau pulak deny itu ini tapi tak mampu nak siasat perkara sebenar.... Dari 2018 kut tak habis2 siasatan nye...lembab nak mampus... |
|
|
|
|
|
|
| |
|