View: 32082|Reply: 8
|
Anak Mat Redho dijumpai berjalan kaki ke pejabat ibunya – PDRM
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Anak kepada atlet sukan lasak, Mat Redho, iaitu Haq Medin, 7 yang dilaporkan hilang pada petang tadi telah ditemui dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung Orang Hilang (OH), hari ini.
“Sejurus menerima laporan, sepasukan polis bertindak serta merta mencari dan telah menjumpai semula kanak-kanak itu di pekarangan tempat kerja ibunya.
“Anak pengadu mengambil tindakan sendiri berjalan kaki ke pejabat ibunya dan ditemui selamat,” katanya ringkas hari ini.
Terdahulu, Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya.
Katanya menerusi hantaran di Facebook, kanak-kanak tersebut yang lengkap berpakaian sukan kali terakhir dilihat di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2), di sini sebelum dilaporkan hilang.-KOSMO! ONLINE.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Mulai hari ini parents kena nasihatkan anak2 bila nak keluar rumah kemana2 wajib beritahu kpd sesape yg ada di rumah. Atau pun telefon kpd makayah, beritahu yg anak nak pergi situ, pergi sini. Ajar anak2 blj minta izin. Makbapak juga kena tanya anak nak pergi untuk apa, dgn siapa dan naik apa: basikal, jalan kaki? Kalau tak penting, boleh tunggu, tunggu dn pergi dgn makayah. Bukan apa, hari ini mcm2 boleh berlaku: eksiden, jenayah, apatah lagi penculikan kanak2 untuk diambil organ. Biar makayah kecoh dulu drp kecoh kemudian, heboh masuk berita. |
|
|
|
|
|
|
|
kwn org ganu sebut Mydin tu medin
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni blk skolah takde sapa yg ngambik ke
Sebab tu ke dia decided jln kaki ke opis maknya? |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannyaa..
ntah2 dia dah tunggu lama, xde org jemput balik, so decided to walk to his moms office..
sian dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik le kt ttdi..kalau area banyak pati..seram dek nk jalan kaki sorg2 gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Pejabat maknya kat mana .. dekat2 menara LGB tahan lagi la jalan kaki.. buatnya kat kepong sana? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sekali isteri aku ambil lewat hri jumaat, anak aku dh jalan kaki balik dah, dia thu hri jumaat ibu dia ambil, |
|
|
|
|
|
|
| |
|