View: 31880|Reply: 0
|
[Tempatan]
Duti eksais naik, adakah pengilang gula masih diberi subsidi, soal Wee Ka Siong
[Copy link]
|
|
Duti eksais naik, adakah pengilang gula masih diberi subsidi, soal Wee
https://www.freemalaysiatoday.co ... i-subsidi-soal-wee/
Faiz Zainudin
22 Oct 2024, 05:15 PM
Kerajaan bercadang menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa sebanyak 40 sen seliter mulai 1 Januari 2025. (Gambar fail)
Ahli Parlimen BN itu berkata, jika mahu menaikkan duti eksais bagi minuman bergula, kerajaan juga perlu henti subsidi kepada pengilang gula.
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen mempersoalkan kerajaan sama ada akan tetap memberikan subsidi kepada pengilang gula susulan langkah menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025.
Wee Ka Siong (Barisan Nasional-Ayer Hitam) berkata, jika mahu menaikkan duti eksais bagi minuman bergula, kerajaan juga perlu menghentikan pemberian subsidi kepada pengilang gula.
“Harga gula di Malaysia bawah harga siling disebabkan pemberian subsidi oleh kerajaan sebanyak RM42 juta sebulan kepada semua pengilang gula sejak November 2023. Ini perlu dihentikan.
“Kerajaan tak boleh kenakan cukai tetapi dalam masa sama beri subsidi kepada pengilang gula, ini macam bagi vitamin dan racun pada masa sama,” kata Wee yang juga presiden MCA ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
“Saya ingin bertanya, apakah dengan kenaikan duti eksais ini, kerajaan masih akan meneruskan pemberian insentif atau subsidi gula kepada para pengilang gula selepas ini?”
Menerusi pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bercadang menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa sebanyak 40 sen seliter mulai 1 Januari 2025.
Katanya, langkah ini bertujuan menyokong gerakan ‘perang terhadap gula’ yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sejak Jun.
Anwar yang juga Menteri kewangan berkata, hasil yang diraih akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam termasuk penambahan bekalan ubat merawat diabetes.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|