CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26234|Reply: 0

[Tempatan] Lim Guan Eng kata pengenalan cukai kepada T15 bukan alasan label `Belanjawan Robin Hood'...merompak daripada yang kaya untuk diberikan kepada yang miskin

[Copy link]
Post time 22-10-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 22-10-2024 11:38 PM

KUALA LUMPUR: Pengenalan cukai dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima pemegang saham individu dan subsidi bersasar petrol RON95 untuk golongan tertinggi T15, bukanlah alasan untuk menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai 'Belanjawan Robin Hood'.



Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata walaupun terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggambarkan belanjawan itu sebagai 'merompak daripada yang kaya untuk diberikan kepada yang miskin', ia sebenarnya usaha kerajaan menangani kesenjangan dan mengurangkan ketidaksaksamaan.

"Negara tidak boleh berjaya dan maju tanpa menggembleng seluruh tenaga dan sumbangan rakyat bukan sekadar golongan B40 dan M40 sahaja, tetapi juga merangkumi golongan T20.

"(Kerajaan) bukannya semata-mata kenakan cukai penalti ke atas yang kaya, sebaliknya meminta mereka yang bernasib baik ini membantu mereka yang daif, lemah dan miskin.

Inilah aspirasi Kerajaan Perpaduan yang merangkumi semua rakyat tanpa kira kaum, agama dan latar belakang," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 berkata kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan tahun depan, dengan kategori T15 tidak akan menikmati subsidi berkenaan.

Guan Eng berkata dalam kerangka menentukan had pendapatan bulanan isi rumah golongan T15 untuk subsidi berkenaan, ia harus mencerminkan upah hidup layak dan seharusnya ditetapkan secara inklusif dalam lingkungan RM15,000 sebulan.

Katanya, golongan T15 tidak boleh dilabel sebagai uber (paling atas) kaya, kerana mereka menyumbang kepada ekonomi menerusi tanggungjawab sosial korporat dan pembayaran cukai.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.040302 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list