Pengusaha restoran bimbang dengan kenaikan gaji minimum dan tidak menolak kemungkinan mengambil beberapa langkah seperti menaikkan harga dan mengurangkan pekerja.
Walaupun kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang berkuatkuasa Februari tahun depan disambut baik pekerja, pemilik restoran bagaimanapun berkata ia akan memaksa mereka mengurangkan bilangan pekerja dan menaikkan harga makanan demi kelangsungan perniagaan.
Gabungan Pengusaha Restoran Kelantan Nik Hassan Zain berkata satu-satunya pilihan yang baik dalam memastikan majikan mampu meneruskan operasi adalah dengan mengurangkan pekerja.
Bagaimanapun, persatuan yang mewakili lebih 200 pemilik restoran di Kelantan itu menyedari ini akan menjadi langkah sukar disebabkan kerana harga semasa sudah dianggap tinggi.
"Kami bergantung kepada jualan harian, jadi barang dah begitu lama naik tapi kami tak boleh jual mahal lagi," kata pengerusinya Nik Hassan Zain kepada MalaysiaNow.
Sambil berkata marjin keuntungan mereka semakin mengecil, Nik Hassan berkata ada pemilik restoran yang tidak ambil gaji kerana tidak mampu.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam ucapan Belanjawan 2025 mengumumkan kenaikan gaji minimum itu turut memutuskan tarikh akhir pelaksanaan akan dipanjangkan kepada majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, daripada Februari 2025 kepada Ogos 2025.
Nik Hassan menafikan dakwaan majikan enggan membayar pekerja dengan kadar gaji minimum yang ditetapkan, dan berkata ia tidak pernah menjadi isu sebaliknya menegaskan tidak semua majikan mampu memenuhi sasaran tersebut.
Menurutnya, ia lebih-lebih dalam keadaan di mana perniagaan restoran di Kelantan tidak lagi meriah seperti beberapa tahun lalu.
"Ada lah beberapa pengusaha (masih mendapat keuntungan) yang tinggi, itu tidak dinafikan.
"Tapi masih ramai pengusaha yang dalam kategori lampu kuning macam hidup segan mati tak mahu."
Sementara itu, Yazid Md Noor, yang memiliki sebuah restoran BBQ di Gombak, Selangor berkata pihaknya sedang menyemak harga bufet bagi tahun depan susulan penetapan kadar gaji minimum baharu tersebut.
Harga bufet dewasa ketika ini ialah RM35 tetapi dijangka meningkat untuk menampung kos kenaikan gaji 11 orang pekerjanya.
"Rakan kongsi ada cadangkan juga untuk kurangkan pekerja tetap dan bayar upah pekerja sambilan sahaja untuk hujung minggu," katanya kepada MalaysiaNow.
Menurutnya, kiraan kasar mendapati peningkatan sekitar RM14 atau RM15 bagi harga baharu set bufet di restorannya.
Ini bermakna harga bufet bagi seorang pelanggan dewasa meningkat dari RM35 kepada RM49 atau RM50 seorang.
"Harga tinggi sangat tu, kita masih buat kira-kira dan belum buat keputusan.
"Banyak kena kaji seperti penggunaan bahan sama ada nak kurangkan daging atau makanan laut untuk jimatkan kos dan kita cuba bertahan tak lari jauh dengan harga asal.
"Tapi kalau tak boleh, kalau memang rugi. Kita tiada pilihan lain. Harga semua akan naik."
Sementara itu, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menyambut baik penetapan kadar gaji minimum baharu tersebut, mengatakan RM1,700 adalah titik permulaan kepada penawaran kadar gaji yang lebih tinggi.
Presiden MEF, Syed Hussain Syed Husman berkata, sehingga kini lebih ramai majikan membayar gaji melebihi gaji minimum yang ditetapkan kerajaan.
"MEF menggesa majikan yang mampu membayar gaji lebih tinggi supaya membayar gaji melebihi gaji minimum.
"Tidak ada sesiapa yang boleh menggunakan gaji minimum sebagai alasan untuk membayar gaji berdasarkan gaji minimum," katanya kepada MalaysiaNow.
Kawalan harga
Nik Hassan bagaimanapun berkata ramai pemilik restoran masih belum dapat mencapai gaji minimum RM1,500 yang ditetapkan kerajaan terdahulu disebabkan trend kuasa membeli semakin lemah akibat kos barangan dan sara hidup yang tidak menentu.
Katanya kerajaan seharusnya mengawal kenaikan harga barangan sebelum menetapkan kadar baharu gaji minimum.
"Tapi mengikut trend-trend yang lepas, kerajaan memang tak mampu lah," katanya.
Syed Hussain mengakui kebimbangan tersebut, dan bersetuju kerajaan mesti mengawal harga barangan dan kos sara hidup rakyat.
"Jika tidak, peningkatan gaji sebanyak mana pun tidak akan memberi manfaat kepada mereka."
Post time 23-10-2024 06:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kitty_catz replied at 23-10-2024 06:35 PM
kut rasa mahai... sila masak sendiri bawak bekal
aaaacamtu
Kat ofis and area sekitar situ pekerja2 indon..so iols pastu tukang madak pun indon...erk, mmg idok la iols nk beli..baik bwk bekal atau kdg2 order dgn org tmn iols yg buka order.
memang kena recalculate everythinglah.. naikkan sesuka hati boleh hilang pelanggan, tak naik boleh pulak bangkrap.. tu belum tengok persaingan spt serendah mana harga dpt dikekalkkan oleh peniaga lain
ketika ini sangat mencabar untuk semua penduduk malaysia... perubahan-perubahan dasar yang dilakukan melibatkan kenaikan kos hidup.. dan ianya masih belum stabil sbb ada pelaksanaan yang akan berlaku dimasa hadapan spt kenaikan gaji, sabsidi petrol ditarik balik..
.. sabsidi yang masih ada spt sabsidi minyak sawit pulak dah jd hak istimewa golongan tertentu smpi berkotak2 disorokkan
selama2nya kerajaan takkan berjaya kawal harga
sbb ekonomi geng tu dah pegang
diorg yg akan set harga barang
gaji min naik harga barang konfem naik
tu mmg sifir mudah dari dulu
so masing2 berjimatlah
tu la patutnya sebelum naikkan gaji buat gst 0% dulu. bila gst 0% semua harga barang dah direkodkan dalam db senang nak trace kalau ada kenaikan. ini antara perkara yang paling ditakuti peniaga sbb tu mati2 nak jatuhkan najib. tak per lps ni mat sabu plk jadi pmxi kita tanggung jer lah apa yg dtg
Tak payah tunggu gaji minimum pun. Sejak tahun lepas lagi dah byk peniaga/industri makan dah buat peel haram senyap2. Portion, saiz makin kecik. Kurang rasa bermaksud kurangkan main ingredient. Mostly diorg ni maintain harga tu pasal tak perasan sgt.