View: 25182|Reply: 0
|
[Tempatan]
Pemandu dipercayai mabuk langgar murid lintas jalan
[Copy link]
|
|
Pemandu dipercayai mabuk langgar murid lintas jalan
https://www.freemalaysiatoday.co ... murid-lintas-jalan/
FMT Reporters
24 Oct 2024, 11:27 PM
Polis berkata pemandu itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan melanggar mangsa yang melintas. (Gambar X)
Mangsa patah ibu jari kaki kanan serta luka di kaki dan tangan.
PETALING JAYA: Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Port Dickson cedera selepas dilanggar kereta dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk.
Dalam kejadian 7.10 pagi tadi, mangsa sedang melintas jalan sebelum dilanggar Perodua Myvi dipandu suspek.
Ketua Polis Port Dickson, Maslan Udin, berkata pemandu itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan melanggar mangsa yang melintas.
“Kejadian menyebabkan mangsa patah ibu jari kaki kanan serta luka di kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan malam ini, menurut Harian Metro.
Beliau berkata, polis menahan pemandu berusia 28 tahun itu.
Katanya, ujian menunjukkan bacaan alkohol pemandu itu sebanyak 230mg alkohol/100ml darah (lebihan 153mg alkohol/100ml darah).
“Suspek direman empat hari bermula hari ini hingga Ahad untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|