View: 31472|Reply: 1
|
Tinggal hanya seorang doktor di hospital utara Gaza
[Copy link]
|
|
Bandaraya Gaza: Hanya seorang doktor yang masih berkhidmat di Hospital Kamal Adwan di utara Gaza selepas petugas perubatan hospital itu ditahan atau dipindahkan oleh tentera Israel, kata Kementerian Kesihatan pada Isnin.
"Di hospital itu kini hanya tinggal seorang pakar pediatrik daripada semua kepakaran yang ada," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian.
Kementerian itu merayu kepada pertubuhan antarabangsa supaya segera menghantar pasukan perubatan, termasuk pakar bedah, ke hospital berkenaan untuk membantu merawat pesakit dan mangsa yang cedera.
Pada Jumaat, Pejabat Media Kerajaan Gaza dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan terputus hubungan dengan kakitangan perubatan di hospital itu selepas serbuan oleh tentera Israel.
Menurut saksi, tentera Israel berundur dari kemudahan perubatan itu pada Sabtu selepas menahan ratusan orang, termasuk petugas perubatan dan pesakit.
Tentera Israel telah melancarkan serangan di utara Gaza sejak 5 Oktober lalu dengan mendakwa untuk menghalang Hamas daripada berkumpul semula di tengah-tengah sekatan di kawasan itu.
Bagaimanapun, rakyat Palestin menuduh Israel cuba menduduki kawasan itu dan memaksa penduduknya berpindah.
Lebih 1,000 orang telah terbunuh di utara Gaza sejak serangan bermula, menurut Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin.
Serangan itu adalah episod terbaru kekejaman Israel di Semenanjung Gaza yang telah meragut hampir 43,000 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 100,800 orang lagi cedera sejak 7 Oktober tahun lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Serangan Israel telah menyebabkan hampir seluruh penduduk wilayah itu dipindahkan di tengah-tengah sekatan berterusan yang telah menyebabkan kekurangan akut makanan, air bersih, dan ubat-ubatan.
Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di Gaza.
SUMBER : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AJENALI at 31-10-2024 10:29 PM
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung |
|
|
|
|
|
|
| |
|