CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 47909|Reply: 61

[Tempatan] PIBG kesal tindakan pasang kain rentang di sekolah

[Copy link]
Post time 29-10-2024 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Alu-alukan perbincangan bersama, kesal tindakan pasang kain rentang
Sinar harian.com.my
ASWANY OMARASWANY OMAR
28 Oktober 2024 04:35pm


Kain rentang yang dipasang di SK Mulong 1.

KOTA BHARU - Pemasangan kain rentang di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 1 di sini dengan paparan ayat sudah empat bulan ketiadaan guru besar dan penolong kanan (PK) di sekolah berkenaan mengejutkan banyak pihak.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Datuk Burhanuddin Ruslan berkata, tindakan itu disedari pihak sekolah awal pagi Isnin ketika mereka tiba di sekolah itu.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai ketiadaan guru besar dan penolong kanan pentadbiran di sekolah itu.

"Kami sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan perkara ini tetapi saya kesal dengan tindakan individu yang menggantung kain rentang tanpa sebarang perbincangan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau memberitahu, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan mungkin boleh membantu segera menyelesaikan perkara berkenaan.

"Pihak PIBG mengalu-alukan perbincangan daripada semua pihak supaya perkara ini dapat diselesaikan tanpa tindakan melulu," katanya.

Burhanuddin turut memaklumkan, kira-kira empat bulan sekolah itu tidak mempunyai guru besar selepas guru besar lama berpindah ke sekolah lain di bandar ini.

Beliau tidak menafikan ketiadaan teraju utama mengakibatkan banyak perkara tidak dapat dilaksanakan secara efisien termasuk membuat keputusan dalam hal tertentu.

Sebelum ini tular gambar kain rentang dengan tulisan yang mendakwa sekolah itu tidak mempunyai guru besar selain masalah kekurangan peruntukan.

Dakwaan lain yang ditulis di kain rentang itu ialah keadaan tandas dan musala yang teruk selain bilik darjah yang uzur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 09:33 AM | Show all posts
apa hanat banner kecek kelate.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat banner pun tulisan dialek kelantan. Semua kakitangan sekolah, ppd tu wajib orang kelantan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:43 AM | Show all posts
hok alohh..translate pkai gugel lens bole tak??
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 10:24 AM | Show all posts
Tunggu kaka kaki memberi sepatah dua kata.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa angkat banner tu dah abis berbincang la tu.jpn buat bodo atau lembab.itu je makanan dia..viralkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Molek lah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
dah nape smpai berbulan gb&pk takde?
bkn berlambak ke cikgu dok ada?takkan takde yg layak yg blh dipindahkan jd gb kat sek tu?

sek ni dok alek ulu ke caner? kesian plak fasiliti out sebegitu rupa.
pibg agaknya selama ni tak mencara mana pun, dan2 naik banner masuk medsoc baru la acah2 ambil tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman sekarang mmg kena wajib buat gini...baru pihak atasan ambik cakna...klu cakap elok2 masuk bawah karpet la jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Semenanjung ni suka betul angkat sepanduk camni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:05 AM | Show all posts
Sejak program PICK dah ramai cikgu sakit dan meninggal. Setiap hari bukan setiap minggu. Sedih bila flashback zaman 2021 bila cikgu dipaksa ambik benda x wajib dlm perlembagaan dan bila x ambik jadi x boleh masuk kelas mengajar letak meja dekat gelanggang sekolah, sebelah tandas memang tekanan melampau guru besar waktu tu. Cikgu dibuat mcm mereka tu berdosa dan penjenayah sbb x ikut apa yg KPM nak..
Sampai skrg masih tekanan yg sama walau ada yg berkurangan tapi ada juga sekolah bagi TT kat guru tapi tiada peruntukan perlembagaan pun utk pecat guru2 ni nampak tak lagi tu? Sebab tu KPM boleh buat mcm2 tapi mereka x mampu utk memberhentikan guru-guru yg x vaksin. Itu hakikat dan faktanya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:25 AM | Show all posts
ya ampunnnn tak paham..pekat sgt budunya..sek sek kito jange pecohhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:38 AM | Show all posts
suruh la nik amar ambil alih kejap....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 29-10-2024 09:39 AM
Buat banner pun tulisan dialek kelantan. Semua kakitangan sekolah, ppd tu wajib orang kelantan ke?

Aku rasa guru byk problem ni guru kelantan la. Nk balik kelantan ngajar kelantan la. Tanak pjj la
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:47 AM | Show all posts
kena makan budu baru pahe
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 29-10-2024 11:04 AM
Semenanjung ni suka betul angkat sepanduk camni.

Aku rasa yg byl problem ni ckgu2 kelantan ni. Xkisah la ngajar negeri mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 11:54 AM | Show all posts

aku x penah mkn budu paham je banner tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 12:05 PM | Show all posts
Ketiadaan GB dan Penolong Kanan sebab nak carik dikalangan orang Kelantan ke acaner.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 12:05 PM | Show all posts
vanilacup replied at 29-10-2024 11:05 AM
Sejak program PICK dah ramai cikgu sakit dan meninggal. Setiap hari bukan setiap minggu. Sedih bila  ...

lepas sain SSPA ni vaksin wajib u olls...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahah boleh dia tulis dlm dialek kelate je banner tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050548 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list