CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22383|Reply: 33

[Jenayah] Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim

[Copy link]
Post time 30-10-2024 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 31-10-2024 02:19 AM

‼️ TERKINI ‼️

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu menolak hujah pembelaan bahawa tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion dana 1MDB adalah tidak sah.



Sewaktu membaca alasan penghakiman di akhir kes pendakwaan, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) berkata, kesemua 25 pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Dari Aktiviti Haram (AMLA) 2001, memenuhi kriteria di bawah Kod Prosedur Jenayah (CPC).


Selain itu beliau berkata, mahkamah juga mendapati saksi pendakwaan mempunyai kredibiliti dan tiada siasatan yang berat sebelah.


Mengikut kertas pertuduhan, Najib, 71, yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional, didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjawat jawatan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.


Selain kes 1MDB dan SRC, Najib juga berdepan pertuduhan pengubahan wang haram tambahan melibatkan RM27 juta daripada SRC International dan kes berkenaan telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 19 Mei tahun depan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi K Muniandy.

Sementara itu..

SEPANG: DAP menyifatkan permohonan maaf terbuka Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Malaysia berhubung kes salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membawa apa-apa makna.

  • Permohonan Maaf Najib: DAP menyatakan bahawa permohonan maaf terbuka Datuk Seri Najib Razak berhubung kes 1MDB tidak membawa makna kerana jenayah tetap jenayah dan Najib telah disabitkan bersalah oleh mahkamah.
  • Pandangan DAP: Anthony Loke menegaskan bahawa hukuman tahanan di rumah untuk jenayah serius seperti yang dilakukan oleh Najib tidak wajar dan belum ada peruntukan undang-undang untuk tahanan rumah di Malaysia.
  • Reaksi Terhadap Permohonan Maaf: Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima permohonan maaf Najib, DAP tetap berpendirian bahawa permohonan maaf tersebut tidak mengubah fakta kesalahan yang telah dibuktikan di mahkamah.


Setiausaha Agungnya, Anthony Loke memberitahu, mahkamah sebelum ini telah membuktikan dan menjatuhkan hukuman bersalah ke atas bekas Perdana Menteri itu.


Astro Awani











Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 38 Users voted

Count down: 9978 Days1 Hours37 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2024 11:57 AM | Show all posts
Edited by maklukpenggoda at 30-10-2024 03:58 PM


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 10:29 AM | Show all posts
sejak bila pulak dah bersalah?

TT reti ke tak ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 10:32 AM | Show all posts
dah tukar tajuk ke

tadi bukan main semangat kata najib bersalah

hahahaha

nampak dah level TT
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 10:36 AM | Show all posts
pe benda serabut sangat tajuk berita oleh media sekarang ni?

cuba just bagitau bersalah atau tidak kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 10:41 AM | Show all posts
honam replied at 30-10-2024 10:36 AM
pe benda serabut sangat tajuk berita oleh media sekarang ni?

cuba just bagitau bersalah atau tidak  ...

hari ini bukannya untuk tau najib bersalah

tapi keputusan sama ada najib perlu membela diri, atau bebas


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2024 11:01 AM | Show all posts
najib kena perintah bela diri..panjang lagi la drama ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 11:30 AM | Show all posts
harkktuih replied at 30-10-2024 11:01 AM
najib kena perintah bela diri..panjang lagi la drama ni..

jangan ler pulak nanti dibebaskan sementara menunggu pembelaan....
biar duduk diam2 dalam tuh...

wak zahid pun da mula tu lobbi ke bang non.. nak tolong kengkawan ya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 11:40 AM | Show all posts
Panjang lagi kes ni.
Tajuknya pun hehehehe..nasib la dah di edit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 12:18 PM | Show all posts
kes kak mah pe citer
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 12:27 PM | Show all posts

Tengah tunggu giliran.  Pejabat mahkamah tengah susun, hakim mana yg akan kendalikan kes dia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat time mula2 kes ni .. Bila org cakap jew kena siasat. Siap hantar cyber troopers low IQ serang dlm FB bagai… Nahhh ghaser kan! Kifarah!!!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 02:09 PM | Show all posts
kemaluan terbesar gittew
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mhkamah punya ruling serupa kes wak 47, jibun kena bela diri sbb ada prima facie klau jibun x blh nk bela diri mcm kes src siap mintak tukar hakim la, minta trial semula la, pecat sapee la, lantik Hisham last minit la suma tu mkn diri, kes imdb ni x tau plk brp tahun kena jel....

Tp yg untung wak 47 la sbb kawtim dgn nuart so, AG lantikan ph blh suka suki buang kes mcm tu jerr
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila lak najib nak start bela diri?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 06:29 PM | Show all posts
banyak sangat pemimpin BN sakau duit Malaysia...baik melayu, cina dan india...

sesuatu parti tidak boleh tadbir malaysia terlalu lama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 30-10-2024 05:20 PM
Mhkamah punya ruling serupa kes wak 47, jibun kena bela diri sbb ada prima facie klau jibun x blh nk ...

47 pertuduhan kes Yayasan Akal budi tu kes yayasan Zahid & Family xde kn mengena dgn aku as rakyat.Duit yayasan dia nksalah guna lantak dia la(walaupun sumber yayasan dari mana meragukan aku).But as long as itu Yayasan dia dan korang xboleh buktikan yg Zahid ambil duit rakyat bg aku xbesar mn 47 pertuduhan tu,itu hanya tuduhan utk jatuhkan dia BUT 1MDB satu Dunia ooi dan hutang2 1MDB sbyk 43ribu juta telah dibayar,ditanggung oleh semua RAKYAT xkira walaun walanon walajib DAP ke semua.Aku sendiri kn byr cukai bln2 dan aku xredha xhalalkn SESEN pun bhgian cukai digunakan utk byr Taik yg Najib (aka Jo low sekutu) buat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak jahid bila la nk sangkut
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
puan_rohayu replied at 30-10-2024 10:19 PM
47 pertuduhan kes Yayasan Akal budi tu kes yayasan Zahid & Family xde kn mengena dgn aku as rakyat ...

Yg iols maksudkan undang2 sepatutnya terpakai kpd semua orang, no body above the law, means wak jahit pun dah melakukan kesalahan xkira la dia pakai duit dana ke  duit yayasan ke dia ke tetapi apbila berlaku salahlaku cth harta anak yatim diguna bapak sedara utk tujuan peribadi merupakan satu kesalahan wpun reta arwah adik or abg dia dlm konteks ini iols nk relate amalan kt msia undang2 ni sebenarnya terpilih (selected law) disebabkan wak 47 sgt2 diperlukan oleh nuart utk btk gomen AG diguna utk tarik balik kes, iols pun percaya jika umngok yg jd gomen benda yg sama juga akn diguna mrk utk arah AG tarik balik semua kes jibun dan sapu bwh karpet dan jibun hidup aman dgn berbillion duit yg chuols tlg bayarkan hutang sampai tahun 2036
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pemimpin UMNO ..United Malay Nation katenye
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.143377 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list