CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23275|Reply: 21

"Saya dah tak sekuat dulu, kena mulakan rawatan dialisis" - Ebby Yus

[Copy link]
Post time 30-10-2024 10:17 PM | Show all posts |Read mode





“Memang saya kalau boleh tak mahu heboh sebab risau kawan bimbangkan keadaan kita.”


Itu kata pelakon dan pelawak Ebby Yus yang kini berjuang meneruskan kehidupan walaupun sudah empat bulan tidak mampu bekerja akibat penyakit lemah jantung dan buah pinggang.


Ebby, 59, yang ditemui wartawan Hanisah Selamat dan jurufoto Muhammad Iqbal Rosli di kediaman pembantu peribadinya hari ini berkata, demi meneruskan kelangsungan hidup, dia kini sanggup menggadaikan lima keris koleksi peribadinya.


“Selepas memasang alat perentak jantung Disember tahun lalu, saya sudah tidak mudah pitam, tetapi masih belum boleh buat kerja berat atau ambil ‘job’ di luar studio biarpun kalau boleh saya nak bekerja.


“Penyakit lemah jantung yang saya hidapi sejak 2018 membuatkan tenaga saya tidak kuat dulu, tambah-tambah sekarang apabila saya kena mulakan rawatan dialisis pula akibat sakit buah pinggang.


“Dahulu saya sudah jual empat kereta, sekarang saya ada keris lama yang mempunyai nilai kepada pengumpul. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat tampung belanja harian,” katanya kepada Kosmo! Online.


Belum begitu cergas selepas tiga hari dibenarkan pulang ke rumah, anak seni berbakat besar itu hakikatnya sudah berkampung di hospital selama 17 hari sedawi awal bulan ini.


Katanya, selepas pembedahan memasang perentak jantung akhir tahun lalu kesihatan berada pada tahap yang baik dan dapat memenuhi beberapa tawaran kerja termasuk bersama Sepahtu Reunion.


Namun, insiden terbaru yang mengakibatkannya pening akibat tekanan darah rendah sekitar awal Oktober ini membawanya ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dirawat lebih dua minggu.


“Kesihatan saya mula terganggu sejak empat bulan lalu hingga pergerakan semakin terbatas tetapi tidak ramai tahu keadaan saya (masuk wad) kerana tidak mahu hebohkan.


“Saya jalani pembedahan kecil pada perut bagi memasukkan tiub untuk memulakan rawatan dialisis air di rumah namun luka saya dijangkiti kuman yang menyebabkan saya lama di hospital.


“Dalam tempoh ini berat saya dari 72 kilogram (kg), susut kepada 60 kg,” katanya.


Menurut Ebby lagi, buat sementara waktu dia perlu menjalani dialisis darah di hospital sebelum mula melakukan dialisis air di rumah empat kali sehari dalam tempoh terdekat.


“Esok (Ahad) saya perlu ke hospital lagi bagi menjalani rawatan susulan selain periksa tiub atau kateter yang dipasang pada bahagian perut saya,” ujarnya.


  



Pada masa sama, aktor yang sudah hampir empat dekad aktif dalam industri seni itu berterima kasih kepada saudara dan rakan yang datang melawat serta menghubunginya bertanya khabar.


“Memang saya kalau boleh tak mahu heboh sebab risau kawan bimbangkan keadaan kita. Kalau rakan artis ramai termasuk Jepp Sepahtu dan Roy Azman yang datang dengan geng konvoi bermotosikalnya.


“Terima kasih sangat-sangat sebab sampai sekarang masih ramai telefon, mesej dan tanya khabar. Banyak kata-kata semangat saya terima. Terima kasih juga yang hulurkan bantuan dan bersedekah,” katanya.


Selepas ini, penggiat seni asal Negeri Sembilan itu akan tinggal bersama kakak keduanya di Port Dickson dalam tempoh sebulan lebih.


Tahun lalu, Ebby pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), HKL berikutan tahap kekuatan jantungnya menurun sebanyak 27 peratus dan menjalani pembedahan memasang perentak jantung.


Sumber : – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan ebby yus
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga pakcik kuat ya. dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan dan dikurniakan kesembuhan. I masa kecik teringat dia berlakon watak lelaki hodoh yg bertukar jadi hensem. Drama tu kelakar. Hensem tu bertukar la pelakon lain, tapi muka dan watak dia memorable sbb i ingatkan mekap.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Persatuan seniman perlu wajibkan semua seniman senimun untuk menghadiri kursus pengurusan kewangan dan simpanan hari tua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa perasaan yg seorang hari tu meroyan bila dia tak di pilih masuk sepahtu...
Si jep tu ambil ebby yus... Nak menolong...nak berkongsi rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dia rs rugi n menyesal dlu2 x amek insurans
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2024 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Netizen cuma simpati kat patah amin je. Klu ebi yus ni bila dia da xde nnt baru semua acah2 sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Shafakallah
Semoga Allah mudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 01:12 AM | Show all posts
Orix replied at 31-10-2024 02:23 AM
Mesti dia rs rugi n menyesal dlu2 x amek insurans

Hospital kerajaan memang tak beri rawatan dialysis ke? Kalau beli medical insurance, dia cover semua jenis rawatan termasuk dialysis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
FlexyFox replied at 2-11-2024 01:12 AM
Hospital kerajaan memang tak beri rawatan dialysis ke? Kalau beli medical insurance, dia cover sem ...

Mau cramp hospital gomen kalo tampung semua pesakif yg kena buat dialysis. Selalunya diorg outsource tp bg subsidi, but still mahal… ebby ni bukannya kakitangan kerajaan pun boleh dpat GL gomen.. insurans medical cover je dialysis…
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 08:04 AM | Show all posts
Moga dipermudah semuanya utk pakcik ebby yus
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diberi kesembuhan, keluasan rezeki dan dipermudahkan segala urusan buat Ebby Yus.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
FlexyFox replied at 2-11-2024 01:12 AM
Hospital kerajaan memang tak beri rawatan dialysis ke? Kalau beli medical insurance, dia cover sem ...

Kalu carum socso, boleh jgk buat dialisis.. officemate iols penah citer, ada member dia sorang kena buat dialisis..doktor bagitau bleh buat dialisis free + berenti keje awal dan dapat elaun tetiap bulan.. tak byk, dlm seribu lebih gitu je (ataupun ikut byk mana dia carum dulu kot).. actually byk jgk benefits socso ni..Tapi kita selalu di fear mongering oleh agen insurans kan.. kalu x amik insurans, akan jadi gini gini gini.. tapi tak salah pun amik insurans, iols pun amik..cuma nak citer psl benefits socso je..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ckp psl dialisis mmg masa nk mula tu susah nk dptkn tempat walau kat swasta. sbb
penuh selalu. teringat sorang murid ni masa pkp, dia terputus stok air dialisis sebab ada mesin wakaf asnaf buat dialisis tu kat rumah.
cgu² kongsi² duit pi beli air tu kat klang.
masa tu baru 16 thn umurnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2024 12:34 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 2-11-2024 08:54 AM
Kalu carum socso, boleh jgk buat dialisis.. officemate iols penah citer, ada member dia sorang ken ...

ye betul... kalau tak mampu ambil takaful perubatan, ambikla socso/perkeso...
kerja sendiri pun dah boleh ambil... siap kerajaan bagi diskaun lagi...
jgnla dengar cakap orang hospital gomen bayar singgit je tu... IJN pun takdek dana dah nak support GL staff gov... apatah lagi yg staff non-gov..


Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bagus, takde controversy kan. Tapi banyak dugaan hidup. Semoga ebby yus sihat semula & dapat urus diri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan cik eby
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057856 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list