CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29871|Reply: 2

'Kami tidak tahu seorang calon dari Malaysia bertanding untuk jawatan Presiden AS' - Tok Mat berseloroh

[Copy link]
Post time 30-10-2024 10:46 PM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menggunakan media sosial untuk memberikan reaksi berjenaka terhadap dakwaan bahawa calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mempunyai asal-usul keturunan di Malaysia.


Ia dakwaan terbaharu pengulas politik AS, Tucker Carlson semasa perhimpunan bagi bekas Presiden, Donald Trump pada 27 Oktober lalu.


Dakwaan itu mencetuskan rasa tidak percaya dan melucukan dalam kalangan rakyat Malaysia, yang terkejut apabila nama negara disebut dalam kempen pilihan raya AS.







Di Instagram, Mohamad menulis dengan nada berseloroh: "Terima kasih kerana membawa perkara ini ke perhatian kami, Encik Carlson. Kami tidak tahu bahawa seorang calon dari Malaysia bertanding untuk jawatan Presiden AS.


Jika Puan Kamala menang, kami dengan sukacitanya menjemput beliau untuk #balikkampung dan mencuba #nasigorengUSA".


Mohamad turut berkongsi pautan dalam hantaran berkenaan kepada artikel pendapat oleh Rahim Said, pakar tingkah laku manusia dan penyumbang tetap kepada platform dalam talian, yang mengulas isu itu dalam bentuk humor.


Dalam artikel bertajuk Keep Malaysia Out of Your Mouth, Tucker Carlson, Rahim mengkritik Carlson kerana seolah-olah mengabaikan fakta asas, menyifatkan kenyataan pengulas itu sebagai penyimpangan luar biasa daripada realiti.


Artikel itu dengan sinis menyebut bahawa dakwaan Carlson menyebabkan ramai rakyat Malaysia terkedu dan memeriksa peta dunia untuk memastikan fakta.


Dakwaan Carlson bahawa Harris yang berketurunan campuran Jamaica dan India adalah Samoa-Malaysia telah menjadi bahan ketawa secara meluas di media sosial selepas ucapannya pada perhimpunan Trump di Madison Square Garden pada 27 Oktober.






Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2024 03:14 PM | Show all posts
We don't need her pun...nak bangga apa pembunuh kekanak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazreena replied at 31-10-2024 03:14 PM
We don't need her pun...nak bangga apa pembunuh kekanak.

Demokrat pro choice.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.161936 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list