CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46765|Reply: 0

[Sarawak] JBPM Sarawak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir

[Copy link]
Post time 30-10-2024 11:03 PM | Show all posts |Read mode


Tiong dan wakil BBP Siburan, BBP Kapit serta BBP Lopeng merakam kenangan bersama jentera CFRT yang menjadi aset baharu JPBM Negeri Sarawak. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak kini dalam mod bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang dibawa oleh monsun timur laut, dijangka bermula November ini.

Pemangku Pengarah JBPM Negeri Sarawak Tiong Ling Hii berkata, bencana banjir memerlukan pengurusan menyeluruh dan meliputi keperluan sumber, peralatan serta kemahiran khas daripada pelbagai agensi.

Koordinasi secara efektif juga katanya, amat diperlukan memandangkan jangka masa pemulihan mungkin mengambil masa yang lama dan berperingkat.

“Sehubungan itu, bagi menghadapi monsun timur laut yang dijangka bermula pada November 2024 hingga Mac 2025, JBPM Negeri Sarawak bersiap sedia dengan kekuatan keanggotaan seramai 1,171 orang pegawai dan anggota (PSM), 291 Pegawai Bomba Bantuan (PBB), 2,349 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terdiri daripada 58 pasukan dan 9,187 ahli Bomba Komuniti daripada 921 pasukan di setiap zon JBPM Negeri Sarawak.

“Dari segi kesiapsiagaan aset dan peralatan, JBPM Negeri Sarawak turut bersiap sedia dengan pelbagai kekuatan logistik iaitu sebanyak 48 unit Utiliti Marin, 87 Kenderaan Utiliti, 17 lori dan sebuah pesawat digunakan untuk pengoperasian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Libat Urus Ketua-Ketua Zon dan Ketua-Ketua Balai 2024 di Padang Kawad Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya di sini, hari ini.

Jabatan juga katanya, telah menjalankan penilaian risiko dan mengenal pasti sebanyak 349 kawasan ‘hot spot’ banjir di seluruh Sarawak.

“Mungkin jumlah ini tidak sama dengan jumlah yang akan diberitahu oleh agensi lain susulan (rekod) kita adalah berdasarkan kepada lokasi-lokasi kerap berlaku dan berulangnya banjir,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga akan menfokuskan pemantauan di tempat-tempat yang telah dikenal pasti sebagai ‘hot spot’ dan di kawasan berlakunya hujan lebat berterusan untuk memastikan respons lebih baik terhadap kejadian banjir.

Bagi menggandakan kecekapan sedia ada, Tiong berkata JBPM Negeri Sarawak menerima tiga unit jentera baharu iaitu Compact Fire Rescue Tender (CFRT) yang akan diagihkan kepada tiga balai bomba iaitu BBP Siburan, BBP Kapit dan BBP Lopeng.

Menurutnya, satu daripada ciri-ciri menonjol CFRT ini adalah kebolehsesuaiannya mengharungi jalan kampung mencabar, terutama di kawasan pedalaman yang selalunya sukar dilalui kenderaan bomba yang besar.

“Kenderaan ini akan ditempatkan di balai-balai bomba daerah termasuk di lokasi terpencil. Ini akan merapatkan jurang kritikal dalam infrastruktur tindak balas kecemasan selain dapat mengurangkan masa respons bagi sesuatu kejadian kebakaran.

“Tiga unit CFRT telah diterima pada awal Oktober ini bagi fasa pertama dan pengagihan seterusnya akan dibuat mengikut fasa pada tahun akan datang,” katanya.

Pada majlis sama, Tiong juga berkesempatan menyampaikan sijil kepada BBP Kota Samarahan yang telah mendapat naib johan dan tempat ketiga masing-masing bagi Pertandingan Kawad Kaki dalam acara Breathing Apparatus Tactical Challenge Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 pada 3 sehingga 6 Ogos 2024.

Tiong turut menyampaikan simbolik pemakaian lencana Fit Firefighter kepada 12 Pegawai Bomba Gred KB 19 yang bertugas di balai bomba kawasan jagaan Pejabat Zon 1 yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Kompetensi Teknikal Kebombaan (UKTK).

Untuk rekod, seramai 92 orang keseluruhan Pegawai Gred KB 28 - KB19 yang mendapat keputusan cemerlang UKTK JBPM Negeri Sarawak bagi sesi Tahun 2024.

Hadir sama Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Sarawak Henderi Ardimansyah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.066835 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list