CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41734|Reply: 0

[Sarawak] Teknologi pertanian pintar dan amalan mampan diterap bagi perbaiki kualiti, kuantiti pengeluaran padi tempatan

[Copy link]
Post time 31-10-2024 10:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 31-10-2024 02:54 PM



Demonstrasi menggunakan mesin jentera menuai padi dilakukan oleh Mohd Shah Effendi.

BINTULU: Teknologi pertanian pintar dan amalan pertanian mampan akan digunakan untuk memperbaiki kualiti dan kuantiti pengeluaran padi tempatan di bawah Projek AgriHub@ Gedong di Lubok Punggor, Gedong.

Ketua Projek AgriHub@ Gedong Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini berkata, projek ini adalah sebahagian daripada usaha Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dalam memanfaatkan teknologi pertanian pintar ini.

Beliau yang juga Pengarah Kampus UPMKB berkata, Projek AgriHub@ Gedong merupakan inisiatif yang diamanahkan oleh kerajaan Sarawak kepada UPMKB untuk mentransformasikan industri penanaman padi di Lubok Punggor Gedong.

"Usaha ini bertujuan meningkatkan hasil pengeluaran dan produktiviti padi selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Gedong sebagai kawasan strategik pengeluaran padi utama di Sarawak," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan dua unit jentera padi daripada syarikat TIMOR Enterprise Sdn Bhd yang diwakili Timbalan Pengurus Besarnya Sharifudin Nazri di Lubok Punggor Gedong baru-baru ini.


Sharifudin (kiri) menyerahkan replika kunci jentera padi sebagai simbolik kepada Prof Dr Shahrul (kanan) sambil disaksi MOhamad Irwan (tengah kiri) dan Anuar (tengah kanan).

Sumbangan jentera tersebut terdiri sebuah `KUBOTA Combined Harvester' dan `KUBOTA Rice Transplanter' yang bertujuan untuk menyokong usaha transformasi pertanian di kawasan Gedong.

Shahrul berkata, sumbangan ini mencerminkan komitmen bersama antara UPMKB dan TIMOR Enterprise dalam memajukan sektor pertanian khususnya dalam memperkasa pengeluaran padi melalui penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian pintar.

Katanya, pihaknya berharap jentera ini akan membantu mempercepatkan usaha dalam mencapai objektif tersebut dan kita amat berterima kasih kepada TIMOR Enterprise atas sokongan yang diberikan.

Tambahnya, Projek AgriHub@ Gedong juga diharapkan menjadi pemangkin kepada pengembangan dan teras kejayaan inisiatif sektor pertanian padi di Sarawak melalui kerjasama antara universiti, industri dan masyarakat setempat.



Prof Dr Shahrul (dua kanan) bersama ahli-ahli projek AgriHub@ Gedong melihat keadaan hasil padi yang telah dituai.

Sempena penyerahan sumbangan jentera itu, demonstrasi cara penuaian padi menggunakan KUBOTA Combined Harvester telah dilakukan oleh Mohd Shah Effendi Saidin yang pakar mengendali jentera itu di tapak projek AgriHub@ Gedong.

Demonstrasi itu turut memberi peluang kepada yang hadir melihat sendiri keberkesanan teknologi tersebut dalam meningkatkan kecekapan proses penanaman padi.

Turut hadir Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang, Pegawai Daerah Gedong Tamida Da’adi, Pegawai Tadbir Khas Integrated Regional Samarahan Development Agency (IRSDA) Anuar Da’an, Ketua Kaum Kampung Lubok Punggor Zakaria Lasit, penduduk kampung dan ahli projek AgriHub@ Gedong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.072046 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list