CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41761|Reply: 0

[Sarawak] Jangan klik pautan iklan pinjaman dalam talian

[Copy link]
Post time 31-10-2024 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Orang ramai digesa tidak berbuat demikian sebaliknya dinasihati mendapatkan pinjaman daripada sumber yang sah



Foo (kanan) bersama Lee pada sidang media di Ibu Pejabat SUPP di Kuching, hari ini.

KUCHING: Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Milton Foo menggesa orang ramai untuk tidak mengklik pautan iklan pinjaman dalam talian sewenang-wenangnya, sebaliknya menasihati mereka untuk mendapatkan pinjaman daripada sumber yang sah.

Foo turut menggesa usaha bersama dalam kalangan orang ramai untuk memerangi ancaman penipuan dalam talian yang semakin meningkat dan menyasarkan keluarga pada masa kini.

“Hampir setiap hari kita mendengar orang ramai diperas oleh penipu dalam talian, malah ada yang ditipu dengan jumlah wang besar.

"Masalah ini semakin berleluasa dan bukan sahaja melibatkan mangsa secara langsung tetapi juga keluarga mereka. Penipu mungkin menghubungi ibu bapa, adik beradik atau anak-anak mangsa.

"Mereka menggunakan taktik psikologi untuk menakut-nakutkan dan menindas mangsa dan orang tersayang, menekan mereka untuk mengalah kepada tuntutan dikenakan," jelasnya pada sidang media di ibu pejabat SUPP di sini hari ini.

Pada sidang media itu, Foo mengetengahkan kes mangsa wanita bernama Lee, seorang ahli perniagaan tempatan berusia 20-an yang pada 20 Oktober lalu telah terjebak dengan skim pinjaman palsu melalui iklan Facebook, menjanjikan ‘kelulusan pinjaman mudah’.

Lee mengklik pautan, seterusnya membawa kepada pengisian borang yang meminta butiran peribadinya.

Pada 21 Oktober, Lee menerima mesej WhatsApp daripada seorang individu yang menyamar sebagai wakil syarikat pinjaman, memintanya memberikan dokumen tambahan termasuk kad pengenalan (IC), penyata bank dan swafoto mangsa sambil memegang IC.

Lee patuh akan permintaan itu dan individu berkenaan seterusnya memaklumkan bahawa pinjamannya RM50,000 telah ‘diluluskan’ dan meminta butiran bank dan nombor telefon empat ahli keluarga.

Bagaimanapun, Lee berasa sangsi apabila diminta memindahkan RM2,000 untuk 'pengesahan kredit' dengan janji bayaran balik.

Lee akhirnya membatalkan transaksi itu tetapi terus berhadapan ancaman.

“Semalam (28 Oktober), Lee dihubungi semula oleh penipu itu melalui WhatsApp menggunakan nombor baharu, menuntut bayaran untuk ‘menyelesaikan’ perkara itu.

“Mereka mengancam untuk memuat naik butiran peribadi dan gambar keluarganya, selain akan memfitnah Lee sebagai penipu di Facebook jika dia tidak mematuhi perkara dipinta.

“Lee yang berasa takut dan khuatir berjumpa dengan saya semalam pada jam 5 petang untuk menangani perkara itu,” kata Foo.

Foo mengesahkan bahawa Lee telah melaporkan kes itu kepada polis, yang telah membuka fail siasatan.

“Polis hanya boleh melaporkan nombor telefon dan akaun bank dipanggil ‘mule’ kepada pihak berkuasa berkenaan supaya akaun itu boleh dibekukan.

“Itu sahaja yang boleh mereka lakukan,” tambah Foo yang turut meluahkan kekecewaan berhubung perkara terbabit.

Foo turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan pautan yang dihantar oleh orang tidak dikenali di platform seperti Facebook, Instagram, Telegram atau WhatsApp, selain memberi amaran bahawa dengan mengklik pautan sedemikian, ia boleh membenarkan penipu menggodam peranti mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.050154 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list