CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 55972|Reply: 35

Enam nama peserta Gegar Vaganza (GV11) ‘bocor’?

[Copy link]
Post time 2-11-2024 10:53 AM | Show all posts |Read mode
  




Teka-teki mengenai barisan penyanyi yang bakal bersaing dalam program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 semakin terjawab apabila enam nama pesertanya ‘bocor’ dalam media sosial semalam.


Meskipun tiada sebarang pengesahan daripada pihak Astro, enam nama dan foto yang tular tersebut cukup membuatkan ramai terkejut dan teruja untuk menyaksikan GV11.


Antara nama yang muncul dalam senarai ‘bocor’ itu ialah Ning Baizura, Illa Sabry, Sheila Abdul, Fairuz Selamat dan Ronnie Hussein.


Malah, kumpulan trio popular Indonesia iaitu kumpulan The Lima juga turut tersenarai.


Selain foto yang tular itu, nama lain yang turut menjadi sebutan ramai ialah Daniel Lee, Ramlah Ram, Khai AF1, Fiq Halim dan Farah Diana Anuar.


Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut dan foto-foto tersebut juga sudah pun dipadamkan.


Rata-rata netizen menyifatkan barisan nama yang bertanding dalam GV tahun ini akan sengit kerana disertai penyanyi lebih muda.




“Baru enam nama yang bocor tapi dah teruja. Tak sabar nak tengok The Lima.


“Macam hebat-hebat vokal mereka yang masuk tahun ini, penyanyi lelaki sangat sengit,” komen netizen.


Terdahulu, penyanyi Ayai llusi telah diumumkan sebagai juara pertama GV pada tahun 2014, dikuti Siti Nordiana untuk musim ke dua, Azharina (GV3) Datuk Aishah (GV4), dan Noryn Aziz (GV5).


GV6 menyaksikan kejutan apabila dua peserta diumumkan sebagai pemenang iaitu Hady Mirza & Naqiu, Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor sebagai juaran GV9 dan Juara Gegar Vaganza All Stars.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ning masuk, i akan kesian giler kat dia. Dia akan jadi kak ani 2.0. harap jgn masuk, ummah GV semua ummah ulu banat. Sekarang pun ning selalu di hencap di tiktok.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Fairuz Selamat penyanyi kumpulan q-face tu kan.. masa sekolah ensem suara sedap. Tapi bila tgk lagu2 dekat u tube mcm hambar pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
phalanx replied at 2-11-2024 11:13 AM
Kalau ning masuk, i akan kesian giler kat dia. Dia akan jadi kak ani 2.0. harap jgn masuk, ummah GV  ...

Boleh ke dia tarik lagi? Teringat Kes aritu.
Aahhwann terpihluuu..uuuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:38 PM | Show all posts
kalau ning masuk, bolehla nyanyi lagu datuk syafinaz...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:46 PM | Show all posts
asfaz replied at 2-11-2024 12:30 PM
Boleh ke dia tarik lagi? Teringat Kes aritu.
Aahhwann terpihluuu..uuuuu..



sedap suara dia dalam lagu baru....tp recording khuen...kalau LIVE taktau la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Farah AF pun masuk ke?
Haritu dengar die nyanyi kat kilauan emas pun kesian tgknya.kita yang tak pandai muzik ni pun tau dia nyanyi sumbang.mmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh start dh media circus psl gv

Leak?
Ye te tuuu

Ekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2024 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 2-11-2024 12:25 PM
Fairuz Selamat penyanyi kumpulan q-face tu kan.. masa sekolah ensem suara sedap. Tapi bila tgk lagu2 ...

Ada tgk br Ni TT klu X silap
Dia dgn kwn2 die nyanyi ala2 passing baton
Sedap2 belaka utk lvl2 karoke jamban
Tp Ada vibes gedix die Ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 02:13 PM | Show all posts
Dalam byk2 nama looking 4ward fairus cant wait sbb mmg minat dr q-face lagi hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
I tunggu fairuz qface tu masuk dari season berapa ntah. Dulu x minat boyband msia tp i suka qface sbb fairuz tu dulu handsome ms muda remaja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
hampa lagi aku klu x ada Fiq
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Fairuz selamat bakal memenuhi slot retis penjawat awam macam kak yan gomen. Dia kerja gomen kat perak kan kalau tak silap? Tinggi jugak gred dia. Kak yan gomen dulu gred 19 je. Fairuz Selamat ni tak silap gred 40 lebih. Level2 bos jugak. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 03:51 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 2-11-2024 02:01 PM
Dh start dh media circus psl gv

Leak?

ytjt. leak lah sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
la ingatkan list dah keluar, nampak di tt haritu byk alumni af mcm azizi, khai, farah
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 2-11-2024 03:31 PM
hampa lagi aku klu x ada Fiq

Benang gv sebelah kata ada.
Harap2 ada la. Dri gv7 nak dia msuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rata -rata netizen menyifatkan barisan nama yang bertandih dalam GV tahun ni akan sengit kerana disertai penyanyi lebih muda.

yihhhhh jangan berharap sangat lah. Gv 7 ada yg macam tercekik anak gajah pun boleh lepas masuk. TokMeow suka dia sampai berapa minggu gak la bertahan. Ai yg dgr macam nak baling lesung.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
minahtaugeh replied at 2-11-2024 02:36 PM
I tunggu fairuz qface tu masuk dari season berapa ntah. Dulu x minat boyband msia tp i suka qface sb ...

Btol. iols pon same looking forward kt si fairuz ni. Mse muda2 dlu heols lg helok drp naqiu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 2-11-2024 05:31 PM
Rata -rata netizen menyifatkan barisan nama yang bertandih dalam GV tahun ni akan sengit kerana dise ...

Sape gv7 trcekik ank gajah tu? Poad ngn si bini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Btol ke acik jeton semeon pon join skali? She ok tak ok tu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.356183 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list