CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19173|Reply: 0

JPJ memanggil semula sejumlah 3,722 melibatkan Alza, Aruz, Honda CB350RS 2024 tidak ikut spesifikasi

[Copy link]
Post time 4-11-2024 08:15 AM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula sejumlah 3,722 kenderaan melibatkan Perodua Alza, Aruz dan Honda CB350RS keluaran tahun 2024 ekoran tidak mematuhi peraturan spesifikasi ditetapkan.


Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, ia melibatkan sejumlah 2,518 model kenderaan Perodua Alza 1500 X (CVT), 1500 H (CVT) dan 1500 AV (CVT) berkaitan masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi.


Katanya, sebanyak 1,139 Perodua Aruz 1500 X dan 1500 AV juga mempunyai masalah yang sama.


Bagi 65 kenderaan model Honda CB350RS pula katanya, ia berkaitan permasalahan pada sensor kelajuan roda menyebabkan sistem brek anti kunci (ABS), kawalan cengkaman (traction control) dan meter had laju tidak tepat.


“Setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi pihak Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. dan Boon Siew Honda Sdn. Bhd.


“Ia bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing atau pemilik kenderaan turut dibenarkan secara ‘walk-in’ ke mana-mana pusat servis berhampiran di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Aedy Fadly berkata, mana-mana komponen terlibat dengan isu tersebut akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pihak syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.


Katanya, semua pemilik kenderaan model yang terlibat dimohon membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin.


“Maklumat lanjut berkenaan proses pemanggilan semula ini, pemilik kenderaan boleh kunjungi mana-mana pusat jualan atau perkhidmatan Perodua dan Boon Siew Honda berdekatan.


“Pihak JPJ akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited memastikan semua unit kenderaan yang terlibat akan menjalani pemeriksaan dan disahkan selamat,” ujarnya.  




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.039048 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list