CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7192|Reply: 0

[Sabah] Kerjasama PH dan BN diterjemah pada PRN Sabah akan datang

[Copy link]
Post time 4-11-2024 06:43 PM | Show all posts |Read mode


Zahid (duduk dua kanan) bercakap pada sidang media di Kuching. Turut kelihatan (duduk dari kiri) Rubiah, Uggah dan Dr Sim. Gambar PENERANGAN

KUCHING: Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan diterjemahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-17 yang akan datang.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata asas pembentukan Kerajaan Perpaduan berasal daripada PH dan BN di mana PH mempunyai 82 kerusi dan BN punyai 30 kerusi.

Ini katanya adalah jumlah majoriti minimum yang diperlukan sebagai asas pembentukan kerajaan.

“Maka untuk kerjasama ini kita akan terjemahkan dalam PRN Sabah dahulu, di mana formula sama kita gunakan.

“Kerjasama dengan lain-lain gabungan itu juga kita akan lakukan kerana kita tidak akan tutup pintu perundingan dan tidak juga akan terlalu terbuka pintu dengan besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Taklimat Pelaksanaan Projek Pembangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Turut hadir pada taklimat tersebut, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama antara PH dan BN wajar diteruskan pada pilihan raya akan datang berikutan kestabilan politik yang dinikmati negara ketika ini.

Anwar turut berkata dalam situasi sekarang, sukar untuk mana-mana parti politik menguasai majoriti yang selesa dan Malaysia sejak dua tahun lalu dianggap sebagai antara negara paling stabil di rantau ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa mengekalkan Kerajaan Perpaduan sedia ada adalah wajar memandangkan tiada parti politik di negara ini yang mampu memperoleh majoriti selesa untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Ditanya mengenai perbezaan pendapat antara pemimpin PH dan BN, Zahid berkata ia adalah pendirian individu dan tidak dijadikan sebagai keputusan parti.

“Selagi ketua-ketua parti gabungan tidak berubah kenyataan, pendapat-pendapat lain itu adalah pendirian individu.

“Dan kita tidak jadikan itu sebagai keputusan parti dan kita telah selesaikan di peringkat parti masing-masing,” katanya yang juga Presiden UMNO.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.048152 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list