CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7188|Reply: 0

[Sabah] Subsidi RM300 kepada pelajar Sabah menuntut di IPT dalam negeri

[Copy link]
Post time 4-11-2024 06:45 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Hajiji bersama pemimpin-pemimpin parti dalam gabungan GRS bergambar dengan sebahagian pelajar yang hadir pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan memberikan subsidi one-off RM300 kepada pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, bantuan secara one-off itu diberikan kepada pelajar-pelajar yang menuntut di dalam negeri untuk balik ke kampung masing-masing ketika musim perayaan.

“Sebagai contoh, pelajar dari Tawau atau Sandakan tetapi belajar di Kota Kinabalu dan sebaliknya, akan dibantu dalam one-off subsidi ini. Sama ada mereka akan menggunakan bantuan itu untuk membeli tiket kapal atau bas.

“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan saya adalah kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan rakyat. Sebab itu kita sentiasa mendengar apa yang
diminta oleh rakyat termasuk golongan pelajar kita.

“Pelbagai inisiatif dan bantuan yang diberikan kepada rakyat khususnya pelajar adalah untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berilmu, yang akan membantu membangunkan negeri ini pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan Penutupan Konvensyen Mahasiswa GRS di sini, pada Ahad.

Bagaimanapun katanya, maklumat terperinci mengenai bantuan subsidi itu termasuk jumlah penerima bantuan kini sedang dilaksanakan oleh pihak yang berkaitan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada bulan Ramadan lalu, bantuan subsidi one-off RM600 telah diberikan kepada pelajar Sabah yang belajar di IPT awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

“Sebelum ini saya telah umumkan pelaksanaan subsidi kapal terbang yang kita namakan Graduan Rindu Sabah.

"Melalui inisiatif ini, pelajar Sabah yang belajar di Semenanjung, Sarawak dan Labuan memperolehi bantuan one off sebanyak RM600 seorang.

"Bantuan ini digunakan oleh pelajar untuk balik ke kampung sempena perayaan atau cuti semester,” katanya.

Sementara itu, Hajiji yang juga Pengerusi GRS mahu Sayap Pelajar GRS terus menyantuni golongan pelajar di negeri ini, bagi memastikan golongan itu memberikan sokongan kepada GRS.

Beliau berkata, golongan muda adalah menjadi penentu kepada kejayaan GRS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

“Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terkini, sejumlah hampir 950,000 pengundi muda (18 sehingga 40 tahun) bakal mengundi dalam PRN-17, pada tahun hadapan.

“Justeru, saya menyarankan kepada Sayap Pelajar GRS untuk terus menyantuni golongan pelajar. Ini penting bagi memastikan golongan itu memberikan sokongan kepada GRS.

"GRS merupakan parti yang meletakkan kepentingan orang muda di kedudukan yang istimewa.

“Apa yang penting sayap ini membantu menyakinkan rakyat khususnya pelajar di IPT mengenai dasar dan inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan GRS selain pentingnya kestabilan politik demi untuk masa depan rakyat dan negeri ini,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.050036 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list