CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19209|Reply: 0

[Sarawak] Mengharap sinar untuk OKU dalam Belanjawan Negeri 2025

[Copy link]
Post time 4-11-2024 10:36 PM | Show all posts |Read mode
OKU bekerja terima EPOKU RM450, berharap ada penambahan daripada Kerajaan Sarawak RM100-150 sebulan



ISAK
"Geran galakan ‘Usahawan OKU’ RM10,000 atau RM30,000 dalam bentuk one-off. Ini bertujuan menambah baik perniagaan sedia ada dan peruntukan khas ini juga akan memberi peluang pekerjaan bagi sesama OKU.”

Isak Ngau
Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Sarawak

Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Sarawak berharap ada sinar untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dalam Belanjawan Negeri 2025.

Pengerusinya Isak Ngau berkata OKU yang bekerja menerima Bantuan Elaun Pekerja OKU (EPOKU) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pusat berjumlah RM450 dan berharap ada penambahan daripada Kerajaan Sarawak sebanyak RM100-150 setiap bulan.

Beliau turut menyarankan bantuan baucar pembelian barangan asas untuk OKU yang berkeluarga diberikan khusus setiap tiga kali setahun dengan setiap baucar bernilai RM200 manakala bagi OKU bujang diberi baucar RM100 untuk setiap baucar.

Kerajaan Sarawak juga disaran menyediakan geran galakan khas '1 OKU 1 Rumah' bernilai RM10,000 seperti inisiatif yang disediakan golongan belia-belia di negeri ini sebelum ini.

"Geran galakan ‘Usahawan OKU’ RM10,000 atau RM30,000 dalam bentuk one-off. Ini bertujuan menambah baik perniagaan sedia ada dan peruntukan khas ini juga akan memberi peluang pekerjaan bagi sesama OKU.

"Peruntukan khas pembangunan menyeluruh bagi mewujudkan kelengkapan kemudahan mesra OKU di bandar-bandar utama di Sarawak termasuk fasiliti dalam dan luar bangunan juga harus diberi perhatian," tegas Isak dalam satu kenyataan akhbar hari ini.



Gambar fail

Senada dengan beliau ialah Presiden Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) Rapelson Richard Hamit (gambar) sambil berkata peruntukan bantuan OKU di bawah JKM dalam Belanjawan (Negara) 2025 berjumlah RM1.3 bilion.

Malah ujarnya, syarat kelayakan gaji untuk menerima Bantuan Elaun Pekerja OKU turut dinaikkan kepada RM1,700 berbanding RM1,500 sebelum ini.

Bagaimanapun menurut Rapelson, Belanjawan 2025 dibentangkan Kerajaan Madani lebih berbentuk bantuan, tidak menyentuh mengenai peruntukan program atau geran galakan khas bagi memperkasa OKU secara menyeluruh dalam semua lapangan.

"Kita juga amat berharap belanjawan diumumkan Kerajaan Sarawak akan memberi berita baik kepada golongan OKU.

"Antaranya ialah memperkenalkan semula potongan separuh harga bagi bil utiliti seperti air, elektrik. Ini termasuk bil telekomunikasi, tambang pengangkutan awam, tiket penerbangan, tambang e-hailing, rumah separuh harga dan kenderaan nasional separuh harga bagi golongan OKU," katanya.

Rapelson juga berharap Kerajaan Sarawak boleh memberi pendidikan percuma sepanjang hayat sehingga ke tahap doktor falsafah (PhD) kepada OKU Sarawak.

Ini kerana menurutnya, pendidikan merupakan asas dalam pembentukan sahsiah serta kerjaya OKU itu sendiri dan perkara ini tidak diambil perhatian oleh kerajaan persekutuan.

"Undang-undang eksklusif masih lagi belum dipinda, digubal dan dilaksanakan untuk menjamin kebajikan serta kesejahteraan OKU. Ini juga merupakan cabaran.

"Dengan ini kita berharap Kerajaan Sarawak dapat menggesa kerajaan persekutuan meminda, menggubal dan melaksanakan Akta OKU sebagai undang-undang yang eksklusif dan bukan sebagai panduan sahaja.

“Tindakan undang-undang dikenakan untuk pesalah yang melanggar akta ini bagi menjamin kesejahteraan golongan OKU," ujar Rapelson.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.083401 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list