CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21396|Reply: 0

[Sarawak] Polis Sibu keluarkan 66 saman dalam operasi bersepadu

[Copy link]
Post time 4-11-2024 10:40 PM | Show all posts |Read mode


Sebanyak 66 saman dikeluarkan sepanjang dua hari operasi tersebut.-Gambar Facebook Polis IPD Sibu

SIBU: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu mengeluarkan sebanyak 66 saman dalam operasi bersepadu berlangsung selama dua hari pada hujung minggu lalu.

Menurut kenyataan disiarkan di laman Facebook IPD Sibu, operasi itu melibatkan 36 pegawai dan anggota daripada pelbagai bahagian IPD Sibu termasuk Balai Polis Sungai Merah, Balai Polis Sentral, Balai Polis Sibu Jaya dan Balai Polis Lanang.

Pemeriksaan dilakukan di beberapa lokasi tumpuan termasuk Jalan Awang Ramli Amit, Jalan Bujang Suntong dan Dataran Fasa 2 Sibu dengan fokus utama terhadap aktiviti samseng jalanan dan pelanggaran undang-undang lalu lintas.

“Sepanjang operasi tersebut, polis memeriksa 25 motosikal dan 30 individu serta mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Antara kesalahan dikenal pasti termasuk tiada nombor pendaftaran, cermin pandang belakang tidak lengkap, tiada lesen memandu dan pengubahsuaian ekzos mengganggu ketenteraman awam.

“Kesalahan motosikal tanpa nombor pendaftaran mencatatkan jumlah tertinggi dengan 14 saman diikuti 16 saman kerana tiada cermin sisi,” jelas kenyataan itu.

Selain mengeluarkan saman, operasi ini juga membawa kepada penahanan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang menunggang motosikal sambil melakukan aksi berbahaya seperti 'Superman'.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Dalam pada itu, sebanyak 17 motosikal diubah suai secara tidak sah juga disita untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa operasi ini dijalankan dengan lancar dan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Polis menegaskan operasi seperti ini diteruskan secara berkala bagi memastikan keselamatan jalan raya di kawasan Sibu dan mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.048859 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list