CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44044|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak akan keluar kenyataan berhubung beberapa isu apabila muktamad: Pejabat Premier

[Copy link]
Post time 4-11-2024 11:57 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUCHING: Kerajaan negeri akan mengeluarkan segala kenyataan berkaitan beberapa isu termasuk Affin Bank dan PETROS sebagai agregator gas sebaik sahaja ia muktamad.

Pejabat Premier Sarawak menerusi kenyataan hari ini menjelaskan, ia susulan sejak kebelakangan ini, beberapa ruangan komen dan pendapat dalam portal berita telah mempersoalkan kesediaan kerajaan Sarawak untuk mengulas beberapa isu semasa yang melibatkan negeri ini.

"Dalam hal ini, Pejabat Premier Sarawak ingin menjelaskan bahawa kerajaan Sarawak hanya akan mengeluarkan ulasan apabila terdapat situasi muktamad daripada isu yang timbul.

"Ia seperti dalam kes Affin Bank dan PETROS sebagai agregator gas yang berada dalam lingkungan undang-undang Sarawak," menurut kenyataan itu.

Pejabat Premier berkata, sebarang ulasan sentiasa dibuat dengan berhati-hati dalam menjawab pertanyaan media.

Ia katanya, untuk menggambarkan pendirian sebenar kerajaan Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.622131 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list