CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36284|Reply: 34

Culik budak 12 tahun selepas selisih faham dengan abang mangsa

[Copy link]
Post time 5-11-2024 11:45 PM | Show all posts |Read mode





KLANG – Perbuatan jahat empat sekawan menculik seorang kanak-kanak perempuan kerana perselisihan faham dengan abang budak tersebut membawa padah apabila dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.


Majistret Siti Zubaidah Mahat menjatuhi hukuman itu selepas kesemua tertuduh iaitu Alyaa Zahwa Salim dan Puteri Nurul Suhaila Abdullah masing-masing berusia 18 tahun dan Muhamad Adha Abdullah, 20 serta Muhammad Asran Ghazalie, 23 mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Mahkamah menetapkan hukuman itu berjalan dari tarikh kesemua tertuduh ditangkap pada 12 Oktober lalu.


Berdasarkan pertuduhan, mereka bersama-sama telah menculik kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dari penjaga yang sah di Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi di sini pada pukul 3 petang pada 8 Oktober lalu.




Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan hendaklah pertanggungan membayar denda.


Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh telah membawa mangsa menaiki kereta jenis Perodua Myvi yang disewa ke sebuah rumah di sebuah kampung di Segambut, Kuala Lumpur


Mangsa telah ditinggalkan di kediaman itu sebelum dihantar ke pulang ke rumah menggunakan kenderaan e-hailing pada 12 Oktober lalu selepas empat hari mangsa dilarikan.


Terdahulu, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Muhamad Saifullah Muhamad Azmi mewakili kesemua tertuduh dalam mitigasinya memaklumkan tiga daripada mereka merupakan pesalah muda dan berharap. mahkamah menggunakan budi bicara bagi mengenakan bon untuk kesalahan itu.


Tambahnya, kesemua mereka juga memohon maaf dan insaf serta tahu ia merupakan perbuatan yang serius.


“Tiga daripada mereka datang dari keluarga yang porak peranda iaitu ibu bapa telah bercerai dan tidak tinggal bersama.


“Punca sebenar bermula daripada insiden perselisihan faham antara tertuduh dan abang mangsa.


“Niat mereka untuk berjumpa dengan abang mangsa dan mengaku membawa budak perempuan itu ke rumah tersebut serta menahan di kediaman itu sementara menunggu abang mangsa datang,” jelasnya.


Muhamad Saifullah turut memberitahu, tiga termasuk dua remaja itu bekerja masing-masing sebagai tukang urut dan penjual di kedai rokok elektronik (vape).


“Mereka belum cukup matang untuk berfikir secara rasional terhadap perbuatan dilakukan. Mohon hukuman penjara singkat dari tarikh ditangkap memandangkan umur-umur tertuduh masih mudah,” katanya.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya NurulJannah Aimi membantah penggunaan seksyen itu (bagi pesalah muda) memandangkan kes tersebut telah mendapat perhatian umum dan viral.


“Jenayah culik adalah jenayah berat dan mangsa berusia 12 tahun. Tindakan melarikan mangsa selama empat hari telah mengakibatkan kecederaan pada mangsa berdasarkan laporan perubatan.


“Harap mempertimbangkan juga bahawa perasaan ibu bapa mangsa selepas anaknya hilang empat hari. Perasaan tidak tenteram itu perlu dipertimbangkan. Ketidakmatangan tidak boleh dijadikan alasan bagi mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun,” katanya.


Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang selepas turun mengambil dua peket mi segera di kereta yang diparkir di bawah rumahnya di Bandar Bukit Tinggi dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang pada 8 Oktober lalu.


Sepanjang tempoh kehilangannya mangsa bukan sahaja dicabul oleh beberapa suspek yang melarikannya malah dipercayai cuba dijual kepada sindiket pelacuran di ibu negara.  


SUMBER: – Kosmo Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2024 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah namanya didik untuk jadi monyet
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ohooo siap niat nk jual ye.. mereput la korang kt dlm tu, mintak ditoron jubor masing2
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda2 lagi dah jahat nk jual anak org jadi pelacur. Takkan 3thn je penjara? Sian budak tu siap kena cabul lagi. Nape ko tak culik je ex bf ko tu nape nk culik adik dia yg takde apa2 salah? Babikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 03:07 AM | Show all posts
Kenapa 3 thn ja. Culik bukan jenayah berat ka. Dahla culik budak bwh umur pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tlg bg pencerahan. Kes culik yg mn satu ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2024 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
aigooo
penjenayah gegirl dua orang tue pown iols dah was-ii ajew
sorang keje tukang urut
sorang lagi keje kedai vape
memang bukan gegirl bebaik
entah-ii junior mak ayam or bapak ayam nie
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu?
Hmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2024 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepanjang tempoh kehilangannya mangsa bukan sahaja dicabul oleh beberapa suspek yang melarikannya malah dipercayai cuba dijual kepada sindiket pelacuran di ibu negara.  


Eh babi.. ketidakmatangan apa, cuba dijual pd sindiket pelacuran??? Cuba ko guna otak ko nk kesian apa kt budak2 lahanat ni??? Cuba bygkan kalau anak kau yg kena?? Benci betul la iols geng hak asasi manusia bagai ni..baik lg fight utk hak asasi haiwan
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina: Kenapa 3 thn ja. Culik bukan j ...


Di antara,
1) culik
2) culik dan mintak ransom

Yg no. 2 tu boleh membawa hukuman mati. Bergantung pada fakta kes
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut kena 10 tahun ni.. dah menculik mencabul pulak. Tak matang konon...tapi reti pulak buat jenayah terancang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah sorang tu ex gf abg mangsa
Dendam ke abg, adik pulak yg kena
Ada aku tgk cctv budak tu masuk kete myvi tu
Happy dia jumpa ex gf abg dia, xtau lgsg org tu ada niat jahat
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
bila dah kantoi...kena tgkap. Mula la korek kisah sedih tiap keluarga. Keluar broken....oku la..jaga mak strok la... Apa lg....hmmmm..

Dah berani culik...gila..mau trauma budak tu..kesiannn.

Bhya dan ganas gila budak skrg

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 6-11-2024 07:05 AM
Salah sorang tu ex gf abg mangsa
Dendam ke abg, adik pulak yg kena
Ada aku tgk cctv budak tu masuk k ...

Sedihnya...
Siap cabul...ya ka..takat cabul..ka dah lebih dr tu...kesiannnnn....

Setan hampa semua....semoga semua yg hampa buat ni..hampa rasa balik...
Allah Maha Adil...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 6-11-2024 07:15 AM
Sedihnya...
Siap cabul...ya ka..takat cabul..ka dah lebih dr tu...kesiannnnn....


Siap nk jual kt sindiket pelacuran ya..geram!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 6-11-2024 07:15 AM
Sedihnya...
Siap cabul...ya ka..takat cabul..ka dah lebih dr tu...kesiannnnn....


Tu la kesian budak tu tak pasal2
Kena culik tu pun dah kesian sgt, apa lg kena cabul or lebih dari tu yg kita xtau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2024 08:17 AM | Show all posts
sukacactus replied at 6-11-2024 07:05 AM
Salah sorang tu ex gf abg mangsa
Dendam ke abg, adik pulak yg kena
Ada aku tgk cctv budak tu masuk k ...

harus lps tu jd manusia yg paling dibenci oleh adik tu
you are dead to me gitu


ada niat tp belum berlaku
that's why kena 3 thn je kot

btw bhw 21 - mcm ni nk vote wakil rakyat?
hmmmmm



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak caj cabul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 6-11-2024 07:19 AM
Tu la kesian budak tu tak pasal2
Kena culik tu pun dah kesian sgt, apa lg kena cabul or lebih dari ...

Mesti ptsd punya...


Jahat.....kena aniaya dgn org yg dia kenal dan percaya
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 09:33 AM | Show all posts
culik, cabul, nak jual. eh, nak kena amik kira pelaku tu muda lagi ke? hantar masuk jel semua. tak pun ikat kat rakit, hanyutkan tengah laut. kot nasib baik, dapat jumpa kapal rohingya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.143971 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list