CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19596|Reply: 0

[Sarawak] Suspek kes buang bayi direman lanjut tiga hari

[Copy link]
Post time 6-11-2024 12:59 PM | Show all posts |Read mode


Suspek (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Sibu hari ini bagi membantu siasatan membabitkan kes pembuangan bayi di Jalan Tong Sang.

SIBU: Suspek lelaki dalam kes pembuangan bayi di Jalan Tong Sang baru-baru ini, diperintah ditahan reman lanjut selama tiga hari lagi oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan pihak polis.

Perintah dikeluarkan oleh Majistret Romario Jonoi terhadap suspek berusia 44 tahun itu setelah perintah tahanan reman selama enam hari bermula 30 Oktober lepas, tamat hari ini.

Berdasarkan laporan sebelum ini, suspek utama kes buang bayi itu ditahan pada 29 Oktober susulan penemuan bayi lelaki di dalam bekas penyimpanan ikan berhampiran tempat pembuangan sampah sekitar jam 8.30 pagi.   

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkilli Suhaili ketika dihubungi pemberita baru-baru ini memberitahu, suspek akan didakwa atas kesalahan merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kes katanya, juga akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.057068 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list