BANTUAN: Darren mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya.
BERTOLAK: Anggota FAS dan Persatuan Kebajikan San Chuan Sabah bersiap sedia untuk bertolak ke Pulau Gaya.
KOTA KINABALU: Selain kawasan pendalaman, Food Aid Sabah (FAS) juga menjalankan misi kemanusiaan di kawasan pulau.
Pengerusi FAS Darren Liew berkata, bulan lalu, rombongan FAS berjaya menyantuni penduduk di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya dan menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Misi kemanusiaan FAS kali ini berjalan lancar dengan sumbangan dari agensi yang berbesar hati.
“Antara bantuan yang disalurkan dalam misi ini termasuklah bakul makanan, pakaian dan beberapa keperluan lain,” katanya.
Beliau berkata, misi kemanusiaan kali ini juga mendapat sumbangan ikhlas dari Food Aid Foundation.
“FAS juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Kebajikan San Chuan Sabah kerana berganding bahu melancarkan misi kali ini.
“FAS juga mengalu-alukan orang ramai untuk bekerjasama dan menderma khususnya pakaian atau mainan terpakai kepada penduduk yang memerlukan.
“Orang ramai atau agensi lain yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi FAS di talian 016-2200520 atau melayari laman sosial Facebook FAS https://www.facebook.com/FoodAidSabah,” katanya.
|