CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32255|Reply: 0

[Sarawak] ToB perlu libatkan Sabah, Brunei dan Kalimantan

[Copy link]
Post time 7-11-2024 12:28 AM | Show all posts |Read mode


Gerawat dan Yii (baris atas, tengah) bersama tetamu jemputan yang lain, bergambar kenangan dengan para penari dan peserta Orang Ulu yang menjayakan acara Malam Kebudayaan FORUM di tapak ToB 3.0 di Miri, semalam.

MIRI: Acara Taste of Borneo (ToB) perlu memasukkan penyertaan dari negeri jiran Sabah serta negara jiran Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia untuk melengkapkannya matlamat penganjurannya.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, dengan penyertaan daripada ketiga-tiga rakan Borneo itu, maka ia akan melengkapkan maksud ToB sekali gus membolehkan ketiga-tiga negara yang terbabit membina persefahaman untuk manfaat bersama.

"Saya sangat tertarik dengan nama festival ini, Taste of Borneo, tetapi  Sarawak (sahaja) bukan Borneo, sebaliknya negeri Sabah, Brunei, Kalimantan (Indonesia) bersama dengan Sarawak saling melengkapi Pulau Borneo ini.

"Nama Taste of Borneo (ToB) ini sahaja sangat inklusif dan bercita-cita tinggi kerana kita menggunakan istilah Borneo yang merangkumi jiran kita Kalimantan, Brunei dan Sabah di mana kita mempunyai lebih banyak persamaan daripada perbezaan.

"Kita boleh membina persamaan kita untuk manfaat bersama.

"Jadi untuk acara ToB akan datang kita patut menjemput wakil dari Sabah, Brunei dan Kalimantan untuk turut serta dalam acara kebudayaan dan mempamerkan makanan serta kraf tangan suku kaum dari wilayah mereka," tambahnya.

Gerawat memberitahu demikian semasa berucap merasmikan Malam Kebudayaan FORUM (Persekutuan Persatuan-persatuan Orang Ulu Malaysia) sempena ToB di sini, semalam.

Mengenai acara kebudayaan yang diadakan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu memuji usaha pihak penganjur mengetengahkan budaya pelbagai etnik Orang Ulu dengan mempromosikan tarian, busana, makanan dan kraf tangan mereka.

Beliau berkata, budaya Orang Ulu amat kaya, unik dan luar biasa dan merupakan salah satu budaya paling berwarna-warni dan mampu menarik perhatian serta sangat dihargai di negeri ini.

"Lihatlah (kraf tangan) manik dan rantai Orang Ulu yang kami pakai ini, semua orang suka dan berasa gembira memakainya.

"Selain itu, alat muzik tradisional kita iaitu sape telah menembusi kedua-dua persada muzik tempatan dan antarabangsa.

"Begitu juga motif-motif ukiran unik kaum Orang Ulu, yang banyak digunakan dalam rekaan pakaian dan fesyen pada masa kini.

"Inilah keunikan tersendiri dan tarikan budaya kita Orang Ulu, yang kita perlu teruskan di kalangan generasi muda dan generasi pewaris kita," tambah beliau.

Sehubungan itu Gerawat mengingatkan masyarakat masa kini supaya sentiasa mendidik generasi muda mempelajari budaya dan menghargainya, agar ia kekal sepanjang zaman dan paling penting ia merupakan identiti setiap kaum dan etnik yang ada di negeri ini.

Hadir sama pada majlis itu malam kelmarin ialah Datuk Bandar Miri merangkap ADUN Pujut Adam Yii, Presiden Persatuan Cina Sarawak Ting Peng Soon, pengerusi penganjur ToB 3.0 yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Cina Miri Harry Lee Tian Soon dan pengarah program Malam Kebudayaan FORUM Daniel Jok.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.129405 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list