Edited by maklukpenggoda at 7-11-2024 11:57 AM
Seorang bekas pemimpin kanan PAS berpandangan betapa Presiden PAS Abdul Hadi Awang sepatutnya sudah berehat daripada karier politik ketika ini.
Menurut Mohd Nakhaie Ahmad namun apa yang berlaku ialah, pengikut PAS bahkan menyanjung Ahli Parlimen Marang terbabit secara berlebihan.
Malah, kata Nakhaie yang pernah menjadi Naib Presiden PAS itu, ketika ini tiada sesiapa pun yang berani bersuara untuk mencadangkan agar Abdul Hadi berundur daripada politik serta parti.
"Haji Hadi patut berehat dah. Tapi pengikut dia duk angkat dia ke tahap dewa.
"Siapa pun tak berani nasihat supaya berehat," katanya dalam hantaran ringkas di Facebook, hari ini.
Untuk rekod Mohd Nakhaie meninggalkan PAS dan menyertai Umno pada 1989 di sebalik kedudukannya yang senior dalam parti tersebut. Anak kelahiran Kedah itu kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Terdahulu dia turut tampil dalam polemik kesahihan dakwaan Abdul Hadi yang dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW dan diminta mendamaikan perseteruan di antara golongan Sunni dan Syiah.
Walaupun tidak menyebut secara langsung Mohd Nakhaie antara lain berkata, antara tanda sesuatu ajaran itu sesat ialah apabila ia diambil daripada mimpi bertemu Rasulullah dan menerima arahan daripada baginda.
MalaysiaKini
|