CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39688|Reply: 16

[Tempatan] Cadangan remaja 16 tahun ke bawah dilarang guna media sosial

[Copy link]
Post time 8-11-2024 10:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 9-11-2024 02:01 PM



Penggunaan media sosial yang berlebihan juga menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan mental yang semakin meningkat dalam kalangan remaja termasuk social anxiety dan kemurungan," katanya.

KUALA LUMPUR: Cadangan melarang penggunaan media sosial bagi remaja berumur di bawah 16 tahun dilihat sebagai drastik namun perlu dalam usaha melindungi kesejahteraan generasi muda yang semakin terdedah kepada bahaya dunia digital.



Ketua Pusat Pengajian yang juga pensyarah kanan (Komunikasi) Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Dr. Siti Zanariah Yusoff berpendapat bagi tujuan itu Malaysia perlu mengkaji semula sistem kawal selia penggunaan media sosial di negara ini.


"Terdapat keperluan untuk mengkaji kelemahan dalam sistem sedia ada serta mencari jalan untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap isu ini.


Penetapan had umur yang sesuai juga perlu dikaji secara komprehensif, mengambil kira konteks budaya, sosial dan ekonomi Malaysia," katanya kepada Bernama.


Beliau juga menyeru kerjasama erat antara kerajaan, ibu bapa dan masyarakat bagi memastikan generasi muda negara membesar dalam persekitaran sihat dan bebas daripada pengaruh negatif dunia maya.


Kerajaan Australia baru-baru ini mengumumkan rancangan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk remaja di bawah usia 16 tahun yang menjadi topik hangat diperdebat di platform-platform media sosial.


Siti Zanariah berkata langkah itu mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil yang menyifatkanya sebagai tindakan amat relevan dan wajar dicontohi terutamanya di negara ini.


Siraj menegaskan bahawa ketagihan media sosial dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin membimbangkan dengan data menunjukkan sembilan daripada 10 kanak-kanak kini memiliki akaun media sosial dan menghabiskan purata lapan jam sehari untuk melayari platform seperti TikTok, YouTube serta pelbagai aplikasi lain.


Mengulas lanjut, Siti Zanariah menegaskan risiko keselamatan tidak boleh diabaikan, khususnya remaja yang terdedah kenapa media sosial sering menjadi mangsa antunan seksual, buli siber dan pelbagai bentuk eksploitasi yang boleh menghancurkan kehidupan mereka.


Sistem pendaftaran


Pensyarah Komunikasi Liberal, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Muhammad Azim Zaid pula menyarankan pihak berkuasa lebih cakna terhadap kelemahan dalam sistem pendaftaran media sosial yang membenarkan remaja memalsukan umur mereka.


"Walaupun media sosial mempunyai kebaikan, penyalahgunaannya juga semakin meluas, terutama dengan perkembangan jenayah yang semakin kompleks seperti pedofilia," kata Muhammad Azim.


Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan Abdul Hamid Abu Sulayman, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Tengku Siti Aisha Tengku Azzman percaya larangan media sosial untuk remaja akan membawa banyak manfaat.


Beliau berkata larangan itu dapat meminimumkan pendedahan kepada kandungan berbahaya termasuk bahan eksplisit, penipuan dalam talian dan trend berbahaya sambil mengekang salah laku seperti buli siber, ketagihan dan antun seksual.


Bernama




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2024 08:07 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 11:35 PM | Show all posts
Saya sokong.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 11:37 PM | Show all posts
Tanya budak-budak sekolah rendah sekarang...
Apa cita-cita mereka?
99% jawapannya nak jadi pempengaruh media sosial...
Dah la sekolah rendah tak ada UPSR..
Pergi sekolah dah macam main-main je ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Haishhh budak2 skang mmg la... speechless aku kdg2. Suka betul dak2 skolah ni main TT. Lagu viral ke benda viral ke laju betul update. Ni dak2 skola giler pasal patung labubu plak. Padahal hodoh benor aku tgk binatang tu. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 9-11-2024 09:39 AM

Sangat setuju,  sebab kalau usia muda dah join media sosial ni, mereka masih terlalu naif banyak org gila di mana2. Acik pun join fb bila umur 18 dik.

Mereka x perlu ada akaun, cukup tengok fb @ TT parents je.. nanti dah betul2 baligh (dah ade pengalaman berasimilasi sihat secara realiti) baru sesuai join2 maya ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2024 01:55 PM | Show all posts
Bukan remaja ja, try buat hari tanpa media sosial untuk semua. Mesti aman dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-11-2024 05:55 AM
Bukan remaja ja, try buat hari tanpa media sosial untuk semua. Mesti aman dunia.

Aku tak tengok wasap related to kerja/hal sekolah anak2 sehari pun rasa dah aman damai tenang benderang jiwa.

Tapi forum, youtube, netflix tetap layan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2024 03:30 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 9-11-2024 02:44 PM
Aku tak tengok wasap related to kerja/hal sekolah anak2 sehari pun rasa dah aman damai tenang bend ...

actually boleh tau nikmati hidup sejenak tanpa hp. Mesti pernah sesekali tertinggal hp dalam kereta, memang hati menggelupur tapi elok ja takde sedara mara yang mati pun.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 9-11-2024 03:38 PM

Apa ni???-Telco
Lanca,Ciba...la-Low Yat tauke jual hp la.
                     
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
i boleh hidup tanpa medsoc sbb mcm dh lama i xupdate pape kt medsoc..pdhl dulu i suka sgt la update..
skrg tgk status,story org sekali sekala je..
gambar raya pun i xupdate..
sekali duaa i update psl kucing..sampaikn kwn kwn i akan tgk kewujudan i kt ig org lain..mcm ada sipi2 i dlm gmbr mereka post..
dah kertu kot eh.
kalau xmasuk ig,tt,forem,fb i ok jah..
janji bg i buku utk baca atau bg i remote tv.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tu la cabaran hidup bebudak skrg ni
terdedah dgn benda yg bukan2 guna henpon
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 9-11-2024 03:37 PM
i boleh hidup tanpa medsoc sbb mcm dh lama i xupdate pape kt medsoc..pdhl dulu i suka sgt la update. ...

eleh belom 30an kata dah kertu
nnt kertu sungguh baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 9-11-2024 05:23 PM
eleh belom 30an kata dah kertu
nnt kertu sungguh baru tahu

get ready awl awl..dh betul kertu nnti tak kalut chuols
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 09:07 PM | Show all posts
media sosial ada yang bagus ...youtube dan titkok sebenarnya banyak orang letak konten pelajaran subjek atau kemahiran hidup

jgn larang terus, nanti budak tertinggal banyak maklumat.

cthnya untuk permulaan larang semua, sampai age tertentu cnth spt 8 tahun benarkan utk tiktok. bila dah 12 tahun benarkan utk youtube  sehinggalalh mereka lepas umur 17 tahun. budak perlu didedahkan jg dengan konten2 bagus dlm kedua-dua jaringan media sosial tersebut.

nak larang pakai watsap tp kerajaan kena sediakan atau cadangkan alternatif selamatlah untuk pelajar sekolah berhubung dgn family dan guru, ianya jg bersifat percuma tetapi perhubungan terbtas supaya kurang kesan buruk .. sbb tak semua sangup bayar perkhidmatan sms
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2024 06:55 PM | Show all posts
boleh je guna, tapi kena register siap letak no mykids/no ic sekali. So that hanya content tertentu je boleh akses, disamping no fon penjaga untuk pantau. Girtuh sangat! Nanti mesti wujud app ala2 bypass khuenz yihhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 2.250923 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list