CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58246|Reply: 0

[Johor] Ketua Polis Johor nafi bersara, beri amaran penyebaran video palsu

[Copy link]
Post time 9-11-2024 10:19 AM | Show all posts |Read mode
  
DATUK M Kumar. FOTO Nur Aisyah Mazalan.

Johor Bahru: Ketua Polis Johor Datuk M Kumar menafikan beliau bersara seperti dakwaan dalam video tular di TikTok.


Menyifatkan kandungan video itu palsu dan tidak berasas, beliau berkata, masih menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa dalam menjamin keselamatan dan ketenteraman awam negeri itu.

"Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan tidak bertanggungjawab, yang boleh menimbulkan kekeliruan.

"Sebarang maklumat rasmi berkaitan perubahan dalam kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan melalui saluran rasmi PDRM sahaja.

"Pihak Polis Johor memandang serius penyebaran berita palsu ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut undang-undang yang berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, video tular itu menunjukkan Kumar menghadiri Majlis Meraikan Pesara dan bakal Pesara Kontinjen Johor 2024 di IPD Iskandar Puteri.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.154930 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list