CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39818|Reply: 9

[Tempatan] 17,646 remaja hamil luar nikah dalam tempoh 5 tahun lalu

[Copy link]
Post time 10-11-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode
17,646 remaja hamil luar nikah dalam tempoh 5 tahun lalu

Gambar hiasan

KUCHING: Masyarakat perlu berhati-hati dalam menilai isu kehamilan remaja kerana bukan semua berlaku tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu.

Daripada jumlah itu seramai 17,646 remaja tidak berkahwin ketika hamil.

"Sebab itu, kami kena berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu kehamilan remaja kerana sebahagian besarnya berlaku kepada remaja yang sudah bernikah secara sah menerusi perkahwinan mengikut adat.

"Sebab itu, kita tidak mahu ia menjadi isu dalam negara, namun pelbagai usaha diambil untuk menanganinya," katanya pada Forum Advokasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di Yayasan Sarawak anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPLN), hari ini.

Nancy berkata, program dengan kerjasama United Nations Population Fund (UNFPA) dan rakan strategik penganjur iaitu Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu memberi tumpuan kepada ibu bapa kerana cabaran utama dalam isu itu membabitkan remaja yang masih bersekolah.

"Sekolah lebih banyak memberi tumpuan kepada akademik, sebab itu kita menganjurkan program kepada ibu bapa dalam usaha menangani isu ini.

"Kebanyakan ibu bapa malu untuk mendedahkan jika berlaku kehamilan kalangan anak remaja kerana bimbang dengan stigma masyarakat," katanya.

Antara objektif pelaksanaan forum itu katanya adalah memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial kepada ibu bapa.

"Ia diharap dapat membantu dalam proses kemandirian dan sosialisasi remaja dan penganjuran forum ini juga dilihat sebagai satu medium yang terbaik dalam membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan reproduktif dan sosial remaja.

"Perbincangan mengenai topik ini seharusnya tidak lagi dianggap taboo atau sensitif, kerana kebimbangan ibu bapa atau masyarakat tentang maklumat kesihatan reproduktif, hanya akan menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan remaja," katanya.

Sementara itu, Nancy berkata, kementeriannya menganjurkan program Perkhemahan Kasih Keluarga di Pantai Pugu, Lundu pada 16 dan 17 November ini.

Program sempena November Bulan Keluarga Kebangsaan itu yang turut menarik penyertaan orang ramai dari Semenanjung bermatlamat untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2024 03:40 PM | Show all posts
Wooow... Betul-betul  mengagumkan .... ternyata Malaysia sudah menyerupai  atau menjadi negara Maju macam USA,UK atau negara=negara maju lainnya oleh karena indikator ini ...TAHNIAH ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dorang ni x tau ke lps bersedapan tu boleh termengandung...dedua nya benak sangat ke ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur berkesedapan guna lobang jubo, confirm tak mengandung
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak luar nikah pengikut dajal
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 04:33 PM | Show all posts
"sebahagian besarnya berlaku kepada remaja yang sudah bernikah secara sah menerusi perkahwinan mengikut adat."

Yang ini masuk dalam 17 ribu tu tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2024 10:04 PM | Show all posts
ni semua salah DAP
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan asik dok bgtau seks luar nikah tu haram, berdosa, etc. Ajar jugak cara cegah kehamilan mcm guna kondom, pil perancang, morning after, etc.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 10:57 AM | Show all posts
sebanyak 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu.

Daripada jumlah itu seramai 17,646 remaja tidak berkahwin ketika hamil.


17, 646 remaja - lebih kurang 40% ada lah yang belum berkahwin....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.220988 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list