View: 22555|Reply: 18
|
‘Tidak terkira mesej langsung (DM) ikhlas daripada peminat’ – Masih ramai sayang Nur Fazura
[Copy link]
|
|
SELEPAS meledak kes cerai dengan bekas suami, Fattah Amin, nama Fazura kembali memanas sehingga menjadi bahan bualan ramai dalam media sosial.
Biarpun dalam konotasi negatif apabila mutu vokalnya dikecam, tindakan mempromosikan lagu Bertahan Demi Cinta dengan membuat persembahan di sebuah rancangan di Indonesia baru-baru ini hakikatnya mempopularkan single duet bersama mantan suaminya itu.
Difahamkan, itu juga merupakan kemunculan pertamanya sejak bercerai talak satu dengan aktor terbabit pada 7 Oktober lalu.
Siapa sangka kemunculan pertama sudah membuatkan namanya meledak walaupun nyanyiannya dikatakan sumbang mambang.
Bermacam-macam kritikan yang dilontarkan kepada pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin, 41, termasuk ada dalam kalangan peminat melakukan pelbagai konten TikTok menggunakan audionya.
Bukan hanya netizen, Fazura turut menerima kritikan daripada rakan artis seperti Rashidi Ishak, Masdo dan Sharnaaz Ahmad.
Rashidi menyifatkan nyanyian ibu kepada seorang cahaya mata itu memerlukan bantuan pakar kerana dia tone deaf atau pekak nada.
Senada dengan Rashidi, Sharnaaz dengan jujurnya mengakui nyanyian Fazura tidak sedap.
Namun, dia berasa simpati dengan nasib bekas isteri Fattah itu yang dikecam teruk orang ramai.
Berbeza pula pendapat dengan kumpulan Masdo yang berpendapat nyanyian ‘ke laut’ Fazura sedikit sebanyak boleh merosakkan pandangan orang Indonesia terhadap kualiti pemuzik dan penyanyi Malaysia.
Bagaimanapun, anggotanya iaitu Ali berharap netizen sudi memberi ruang dan tidak terus membuat kecaman melampau hanya kerana satu persembahan yang tidak sempurna itu.
Dalam pada menerima kritikan bertubi-tubi, tetapi masih ada yang sayangkan Fazura dan menyokong penuh karier wanita yang memegang status ibu tunggal itu.
Menurut pelakon Abby Abadi, nyanyian Fazura tiada masalah kerana bukan mudah untuk menyanyikan lagu duet secara solo.
Dia juga sempat mengherdik netizen yang mengkritik nyanyian pelakon filem Langit Cinta itu selain menasihatkan orang ramai untuk beristighfar.
Selain Abby, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri pula mempelawa Fazura untuk berduet bersama dan memuji kelunakan vokal wanita itu.
Masih ramai peminat yang tetap menyokong anak jati Pekan, Pahang itu dengan memberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang.
Disebabkan itu, Fazura tidak lupa untuk menghargai jasa orang di sekelilingnya terutama peminat yang masih memberikan sokongan walaupun ditimpa bermacam ujian.
“Terima kasih kesayangan saya, Ustazah Asni atas hadiah yang cukup indah dan istimewa. Di saat saya dalam fasa menikmati dan memerhati, ternyata orang-orang baik dari jauh diperlihatkan dan begitu juga sebaliknya.
Tidak terkira mesej langsung (DM) ikhlas daripada peminat. Saya sayang kalian dan semoga Allah memberkati kalian,” kata Fazura dalam sebuah hantaran Instagram.
Dia yang juga sedar dengan kecaman itu turut berharap dapat memperbaiki vokal apabila seorang peminat membuat ‘cover’ lagu Bertahan Demi Cinta dalam Instagram.
Sedap dia menyanyi, kita kena buat latihan lagi,” ujarnya ringkas.
Diharapkan, Fazura menerima dengan hati terbuka segala kritikan baik daripada netizen mahupun rakan artis.
Netizen juga seharusnya tidaklah perlu terlalu lantang dalam memberi komen walaupun tidak menyukai vokal aktres itu.
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
1 statement 1 thread. yawn |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan jgn mengundang isu cerai yeee |
|
|
|
|
|
|
|
Yea..lagunya actually boleh tahan..sbb lagu ippo hafiz jarang tak best.. dgr yg recording jela kalau nak dgr yg ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Humble je tu dia ckp kena buat latihan lg.. oklah tu boleh terima |
|
|
|
|
|
|
|
irvene replied at 11-11-2024 09:36 AM
1 statement 1 thread. yawn
Kena hamun wartawan cari |
|
|
|
|
|
|
|
Cer suh penyanyi lain yang nyanyikan lagi tu |
|
|
|
|
|
|
|
Santik fazzy
Mekap, tudung, baju on point
Moga fazzy tak pakai lagi baju heavy corak/bunga seperti pohon krismas ye
|
|
|
|
|
|
|
|
dah termalu terok lah tu...
sampai DM pun cerita kat wartawan....
|
|
|
|
|
|
|
|
rainbowrainz replied at 12-11-2024 01:55 AM
Kahakkkk kan aje
Steady sisturrrr pelangihujan....
Adik dan amak abdol pun tak kahak kat pajura. Kamu sampai berkahak2 kenapaaa? Kan kamu ilmu agama tinggi...istifarrrr zikirrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
MatDeghem replied at 12-11-2024 08:10 AM
Steady sisturrrr pelangihujan....
Adik dan amak abdol pun tak kahak kat pajura. Kamu sampai ...
Dia kahak lepastu solat taubat sambung tahajud tu bangmat..tggu sat lagi masuk smbung maki |
|
|
|
|
|
|
|
Harap tak ada lah yg hantar mambang tanah, mambang merah, mambang hitam....atau tuju2 plesit saka keturunan mereka kat tered ini.
Bg mat tacoood |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ahkak2 keladi gigih DM with lots of lov...sukurrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni confident beli mane ek. Iols Jenis introvert. Kena belajar dr dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rainbowrainz at 12-11-2024 01:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|