CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13219|Reply: 21

[Jenayah] Kes Buli UPNM: Syed Saddiq kemuka usul tergempar ke Parlimen, 'this is ridiculous'!

[Copy link]
Post time 12-11-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 12-11-2024 02:50 PM
Buli sudah sistemik dan dinormalisasikan di UPNM. Pelajar dibunuh dengan kejam depan ramai orang.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengemukakan usul tergempar ke Parlimen, hari ini, untuk mencari penyelesaian tuntas terhadap isu buli yang membimbangkan di negara ini.

Beliau memaklumkan perkara berkenaan dalam hantaran melalui laman X rasminya, dengan turut menyertakan gambar dokumen usul tergempar bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat itu, susulan insiden buli yang dilaporkan berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

"Pelajar didera pada siang hari di tempat terbuka. Pelajar ditekap dengan seterika dan dikatakan 'jenaka' sahaja. This is ridiculous (Ini mengarut).

"Saya menghantar usul tergempar ke Parlimen untuk mencari penyelesaian yang tuntas supaya budaya buli dinoktahkan.

"Enough is enough (cukup-cukuplah). Nak tunggu ada kematian lagikah sebelum bertindak?" tulisnya dalam hantaran itu.

"Beberapa siri kejadian pembulian yang teruk telah dilaporkan sejak beberapa tahun lalu. Terdapat mangsa yang telah meninggal dunia pada 2017. Kejadian serupa juga telah berlaku hingga ke hari ini, yang telah dilaporkan kepada pihak pengurusan.

"Usul ini adalah perkara tertentu kerana perkara ini telah berlaku sejak dari dulu dan tidak wajar dibiarkan berulang lagi pada masa hadapan, tidak kira di UPNM mahupun pusat pengajian tinggi yang lain.

"Usul ini juga perlu berkehendak disegerakan kerana melibatkan nyawa dan keselamatan penuntut di UPNM. Mengikut laporan kes yang diberitahu, hingga ke hari ini masih terdapat kes-kes pembulian berlaku walaupun peristiwa menggemparkan yang meragut nyawa telah berlaku di tempat sama.

"Malah, terdapat juga kemungkinan ada kes-kes tidak dilaporkan kepada pihak pengurusan kerana bimbang keselamatan pengadu tidak dapat terjamin. Keadaan ini amat mendukacitakan kerana kejadian serupa yang berulang meletakkan nyawa pelajar dalam keadaan tidak kondusif untuk meneruskan pembelajaran.

"Usul ini juga melibatkan kepentingan ramai kerana perkara ini tidak hanya inklusif kepada penuntut di UPNM, malah perlu diperluaskan skop ini kepada semua pusat pengajian tinggi di Malaysia. Perbuatan keji ini harus dihentikan serta-merta dan tidak boleh berlaku lagi walau di mana saja.

"Kejadian buli ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan, terutama di pusat pengajian tinggi di Malaysia, agar dapat memelihara nama baik institusi serta melahirkan graduan berkualiti tinggi untuk memacu negara ke arah lebih baik," katanya dalam dokumen usul berkenaan.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman akak kan, orang yang berbulu kening lebat ni, bulu jembot dekat bawah tu lagi lebat diknon awwww....  





Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 13-11-2024 09:23 AM

Usulkan tutup je tentera upnm. Takpun ikut jelah polisi mcm kpm, you touch you go. Buang saja sesiapa yg terlibat dgn buli secara fizikal ni. Dan institusi tak perlu kompromi lagi dahh. Dan kerajaan jgn ambil pembuli ni jadi askar nanti
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sangat bodoh ye dah masuk ipt pun dok membuli org lagi.
peringkat umur camni org nak cari peluang connection, bercinta, bljr berdikari, riki2 peluang pekerjaan...yg upnm ni mmg bangsat manjang keluar cerita membuli org.
ape punya hanat laaa universiti mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua kes dak2 melayu yg semuanya belajar agama kat sekolah..cina , india yg stakat bljar subjek pendidikan moral tu takde pulak kes buli membuli ni..how??
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 08:10 PM | Show all posts
betul...tutup je UPNM ni...ridiculous betol....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 12-11-2024 10:42 AM
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman a ...

Skrip ko dari dulu sama je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 08:25 PM | Show all posts
Benda ni mesti ada yg start dulu. Mungkin first facilitator yg start membuli. Kemudian ia diperturunkan kepada junior,and so on and on...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 12-11-2024 10:42 AM
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman a ...

Dahi licin tu camne kak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2024 09:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
diaorg berani sebb pihak atasannya pun tutup mata, tengoklah kea arwah Zulfarhan, dah jenuh kawan2nya bagi surat layang utk pihak atasan ambil tindakan, tutup mata pekak telinga je diaorg, sepatutnya warden pensyarah, doktor yg terlibat tu semua pun kena dakwa, sumbatkan dlm penjara bersama 6 jahanam.. ni 6 jahanam pun mungkin terlepas
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 08:04 AM | Show all posts
imanjannah replied at 13-11-2024 07:56 AM
diaorg berani sebb pihak atasannya pun tutup mata, tengoklah kea arwah Zulfarhan, dah jenuh kawan2ny ...

Kes-kes buli ni luar bidang kuasa UPNM. Sebab mereka ALK. UPNM cuma provide akademik sahaja kepada kadet. Selepas waktu akademik dan perkara bukan akademik, itu sepenuhnya bawah ALK-ATM.

Kalau diorg tu awam, yes, semua under UPNM.

ALK under ATM
UPNM under KPT
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ardy replied at 13-11-2024 08:04 AM
Kes-kes buli ni luar bidang kuasa UPNM. Sebab mereka ALK. UPNM cuma provide akademik sahaja kepada ...

ALK ni amneder?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 01:48 PM | Show all posts

Akademi Latihan Ketenteraan. Dia macam ALK tu mak pak, UPNM ni sekolah je. Selain akademik, dr semua aspek ALK yang uruskan. UPNM just urus dalam kelas je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 13-11-2024 06:16 PM
ALK ni amneder?

Ahli Lawatan Kuasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed btl kali ni. Tutup upnm. Pusat buli negara. Kita da ada sorang yg mati. X kan nak tunggu lg sorang Mati. Bukak lah mata wahai kerajadian
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ardy replied at 14-11-2024 01:48 PM
Akademi Latihan Ketenteraan. Dia macam ALK tu mak pak, UPNM ni sekolah je. Selain akademik, dr sem ...

So ALK la bawak didikan buli?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 14-11-2024 02:55 PM
Ahli Lawatan Kuasa

Nipu jah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 08:20 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 14-11-2024 09:37 PM
So ALK la bawak didikan buli?

itu kena tanya ALK dan ATM.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.071480 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list