CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14430|Reply: 0

[Sarawak] Persidangan Diabetes & Obesiti 2024 di Miri pada 23-25 November

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:38 PM | Show all posts |Read mode


Jong yang diapit Ting dan Dr Fam (kanan) bersama ahli DMCM semasa sesi bergambar selepas sidang media hari ini.

MIRI: Inovasi kesihatan digital dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) akan menjadi topik utama perbincangan pada Persidangan Diabetes & Obesiti 2024 yang akan berlangsung dari 23 hingga 25 November ini di Hotel Pullman Miri Waterfront.

Persidangan tahunan anjuran Diabetes Malaysia Cawangan Miri (DMCM) yang kini memasuki edisi kelima ini dijangka menghimpunkan lebih 400 profesional kesihatan, penyelidik dan aktivis untuk membincangkan isu-isu penting berkaitan diabetes dan obesiti yang merupakan dua cabaran utama kesihatan global.

Menurut pengerusi penganjur Jong Koi Chong, persidangan itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kaitan antara diabetes dan obesiti serta mempromosikan strategi pencegahan seperti pemakanan sihat, senaman dan saringan berkala.

"Kami teruja menjemput penceramah terkenal seperti Prof Dato Paduka Dr Mafauzy Mohamed, Dr Harikrishna K.R Nair dan Dr Norlen Mohamed untuk berkongsi pandangan tentang perkembangan terkini dalam penjagaan diabetes," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut beliau, antara topik utama yang akan dibincangkan pada persidangan kali ini adalah kemajuan berkaitan rawatan luka kaki diabetes, penggunaan AI dalam pengurusan diabetes dan penyelidikan sel stem.

Jong menambah. kehadiran pakar rawatan kaki diabetes Dr Harikrishna merupakan peluang istimewa bagi peserta untuk belajar daripada pakar dalam bidang ini.

Katanya, persidangan itu juga akan menampilkan perkongsian pakar psikiatri Dr Ravivarma Rao Panirselvam dari Hospital Miri mengenai sokongan mental untuk pesakit diabetes serta peranan Perubatan Tradisional Cina (TCM) dalam penjagaan diabetes dan obesiti oleh Anthony Wong Wei Bing dari Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Saintifik Dato Dr Fam Tem Lom, Pengerusi DMCM Ting Chiew Moi dan Setiausaha Teo Kee Hoe.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.070211 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list