CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35630|Reply: 0

[Sarawak] Penerbangan harian Shanghai-Pulau Pinang bermula 19 Dis

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Penerbangan Shanghai-Pulau Pinang bakal ditambah dari tiga kali seminggu ke penerbangan harian bermula 19 Disember ini nanti, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing (gambar).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, kementerian komited untuk mengukuhkan kerjasama dengan syarikat penerbangan China untuk membuka laluan baharu dan meluaskan peluang bagi sektor pelancongan dan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.

"Melalui kerjasama dengan syarikat penerbangan seperti Shanghai Airlines, kita dapat meningkatkan kekerapan penerbangan terus sedia ada dari Shanghai ke Pulau Pinang daripada tiga penerbangan mingguan kepada penerbangan harian bermula 19 Disember ini nanti sebagai sambutan yang baik terhadap laluan kedua-dua negara-negara," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Tiong dalam masa sama melahirkan keyakinan bahawa peningkatan penerbangan terus daripada Shanghai Airlines untuk beroperasi setiap hari berbanding tiga kali seminggu akan memacu pertumbuhan ekonomi khususnya sektor pelancongan di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada Pengerusi China Eastern Airlines Corporation Limited Wang Zhiqing dan Pengurus Besar China Eastern Airlines Malaysia Li Bin atas kepercayaan dan sokongan mereka bagi merealisasikan usaha sedemikian yang mampu memberi impak positif kepada sektor ekonomi Pulau Pinang.

"Sebagai makluman, Pulau Pinang terkenal sebagai syurga tropika dengan pantai yang menawan termasuk keindahan hutan hujan tropika yang subur yang George Town diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)," jelasnya.

Katsmy, dengan keindahan alam semula jadi dan kekayaan sejarah dan budaya, Pulau Pinang mempunyai potensi besar dalam ekonomi dan pelancongan.

Beliau dalam pada itu, berkata kekerapan penerbangan antara Shanghai dan Pulau Pinang turut mewujudkan situasi menang-menang yang mana memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak khusus prospek pembangunan di Pulau Pinang.

"Kami di MOTAC percaya bahawa penerbangan harian ini dijangka akan menarik lebih ramai pelancong China ke Pulau Pinang menjelang akhir tahun dan Tahun Baharu Cina ini nanti," tegasnya.

Ia pada masa sama tambahnya, akan menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan dan ekonomi negara secara keseluruhannya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.260017 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list