CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33244|Reply: 2

Tindakan tegas terhadap Israel perlu disegerakan, serangan terhadap Gaza dan Lubnan jauh lebih parah - PMX

[Copy link]
Post time 12-11-2024 11:47 PM | Show all posts |Read mode

KAHERAH: Sidang Kemuncak Tergempar Negara Arab dan Islam mendesak supaya semua resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCS) terhadap Israel dilaksanakan segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara lain resolusi itu membabitkan keperluan menghentikan segera keganasan dan pelaksanaan gencatan senjata di Semenanjung Gaza bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan.

Beliau turut menggerakkan sokongan antarabangsa supaya membekukan atau menggantung keahlian dan penyertaan Israel dalam Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan semua entiti gabungannya.

Katanya, tindakan tegas terhadap Israel itu boleh dilakukan berdasarkan kes rujukan terdahulu apabila PBB menyingkirkan Afrika Selatan kerana meneruskan dasar Apartheid dan melanggar peraturan serta keputusan badan itu sebelum ini.

"Saya sebut semalam dalam ucapan di Riyadh bahawa tindakan dibuat Israel (serangan terhadap Gaza dan Lubnan) itu jauh lebih parah daripada apa yang berlaku di Afrika Selatan, tetapi Israel masih diizinkan untuk berfungsi sebagai satu negara di PBB.

"Sebenarnya, banyak usul disepakati ketika Sidang Luar Biasa Negara Arab-Islam di Riyadh, memang hal yang agak ketat dan keras mengenai Israel dimasukkan, cuma kita elak gunakan istilah penyingkiran Israel daripada PBB kerana kita rasa mereka perlu diberi ruang untuk berunding.

"aling utama bukan penyingkiran, tetapi kita mahu hentikan segera serangan ke atas Gaza dan Lubnan," katanya pada sidang media pada hari terakhir lawatan rasminya selama empat hari ke Mesir, hari ini.

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Perdana Menteri berkata, resolusi itu juga mahu semua negara digesa mengharamkan eksport atau penyaluran senjata kepada Israel.

Beliau berkata, selain mengklasifikasikan penerokaan haram Israel sebagai organisasi pengganas, semua negara juga perlu memboikot produk keluaran Israel di Wilayah Palestin yang diduduki.

"Kita juga menggerakkan sokongan antarabangsa untuk penyertaan Palestin sebagai negara anggota penuh PBB," katanya.

SUMBER:  – Berita Harian
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 13-11-2024 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tidak sudan bangnon?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan setakat lubnan jer.. Qatar lg berdekatan la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.101056 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list