CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16449|Reply: 0

[Sabah] Life Water Berhad buka langkah positif di Bursa Malaysia

[Copy link]
Post time 13-11-2024 04:34 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Pengarah Kanan dan rakan kongsi Tan Hwong Kuen dan Lim Young Piau, Pengarah Eksekutif Chin Lee Ling, Pengarah Urusan Liaw Hen Kong, Pengerusi Bebas Datuk Petrus Gimbad dan Pengawal Kewangan Kumpulan Christina Yap merakamkan gambar kenangan bersama.



CEKAP: Life Water Berhad menambah baik pengoperasian di Sabah untuk memacu pengembangan yang mampan di seluruh rantau ini.

KOTA KINABALU: Life Water Berhad semalam memulakan perjalanan perniagaannya dengan positif selepas menjadi salah sebuah syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

Pengarah Urusan Life Water Berhad Liaw Hen Kong berkata kejayaan itu disusuli dengan kadar saham syarikat yang dibuka pada harga 77 sen mewakili premium 18.5 peratus berbanding harga terbitan RM0.65 sesaham, dengan volum pembukaan sebanyak 15.9 juta saham pada jam 9 pagi Rabu.

“Syarikat berjaya memperoleh RM63.42 juta melalui terbitan awam sebanyak 97,563,000 saham biasa baharu, berharga 65 sen sesaham.

“Daripada jumlah kutipan itu, Life Water memperuntukkan 30 peratus atau RM19 juta untuk menyediakan saluran pengeluaran air minuman tambahan di Loji Pertama Sandakan Sibuga, 18.9 peratus atau RM12 juta untuk membeli barisan pembuatan air minuman baharu di Sandakan.

“Loji Sibuga Dua dan 19.9 peratus atau RM12.6 juta akan digunakan untuk menubuhkan pusat pengedaran kedua di Sandakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, 15.2 peratus atau RM9.6 juta juga diperuntukkan untuk mengembangkan kemudahan pembungkusan plastik sedia ada di Kota Kinabalu.

“Baki hasil sebanyak 6.6 peratus dan 9.5 peratus atau RM4.2 juta dan RM6 juta, masing-masing diperuntukkan untuk modal kerja dan untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.

“Saham syarikat diklasifikasikan sebagai patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Bahagian terbitan awam Syarikat yang disediakan kepada orang ramai melalui pengundian terlebih langgan sebanyak 32.2 kali,” katanya.

Menurutnya, kejayaan Life Water Berhad dibina dengan penerimaan pasaran yang kukuh dan rangkaian pengedaran yang mantap, membolehkan syarikatnya mencapai pangkalan pelanggan yang luas di seluruh Sabah.

Katanya, ia dilaksanakan melalui beribu-ribu peruncit, perkhidmatan makanan dan kedai perhotelan.

“Keupayaan kami untuk memenuhi permintaan secara konsisten menjadi kunci kepada peneraju pasaran dalam memacu CAGR tiga tahun sebanyak 17.2 peratus dan meningkatkan jumlah hasil daripada RM103.5 juta pada 2021 kepada RM166.5 juta pada 2024.

“Dengan memegang 11 peratus bahagian daripada pasaran air botol Malaysia, syarikat berbangga kerana diiktiraf berdasarkan komitmen terhadap kualiti produk dan kecemerlangan operasi.

“Dengan lebih dua dekad pencapaian kecemerlangan operasi, kami kekal komited untuk mengembangkan kehadiran di Sabah dan kawasan sekitarnya dalam menyampaikan kebolehcapaian, kualiti dan kemudahan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang,” katanya.

Beliau berkata, syarikat juga memberi tumpuan untuk meningkatkan kapasiti dan mengembangkan kehadiran pasaran di pasaran bukan sahaja Malaysia tetapi luar negara.

“Pelaburan strategik dalam pengeluaran baharu dan pusat pengedaran tambahan akan mengukuhkan lagi rantaian bekalan dan memastikan akses produk yang lancar.

“Di samping itu, pengembangan kemudahan pembungkusan juga akan menyokong permintaan pasaran yang semakin meningkat, pada masa sama membolehkan kami meningkatkan skala dengan berkesan semasa mengejar peluang pertumbuhan di pasaran negara jiran seperti Sarawak dan Brunei.

“Syarikat akan menambah baik pengoperasian di Sabah untuk memacu pengembangan yang mampan di seluruh rantau ini,” katanya.

MIDF Amanah Investment Bank Berhad juga menjadi ipenasihat utama, penaja jamin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO Life Water Berhad.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.194828 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list