CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27517|Reply: 0

[Sabah] Program derma darah ‘Lead With Life’ dapat sambutan luar biasa

[Copy link]
Post time 13-11-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode


INTERAKSI: Dr Davina dan Dr Rashid Hassan meluangkan masa beramah mesra dengan penderma darah sempena program itu.

KOTA KINABALU: Program Kesihatan dan Derma Darah ‘Lead With Life’ yang julung kali dianjurkan oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Pengerusi Biro Kesihatan Exco Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat, Dr. Davina Markus Majihi berkata, sokongan orang ramai terhadap program tanggungjawab sosial berkenaan di luar jangkaan sama sekali.

Katanya, sambutan luar biasa juga datang daripada penderma darah kali pertama apabila jumlah pendaftaran penderma dalam kalangan mereka melebihi dari sasaran awal sebanyak 108 peratus.

"Walaupun terdapat beberapa cabaran, 68 peratus daripada penderma yang mendaftar berjaya menderma darah.

"Kita menzahirkan penghargaan mendalam kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan program ini.

“Kami sangat terharu dengan sokongan yang luar biasa, terutamanya daripada golongan belia, dan sukarelawan wanita yang tampil sebagai penderma darah kali pertama," katanya.

Beliau berkata, program itu jelas membuktikan keprihatinan dan perpaduan masyarakat dalam membantu menyumbang kepada Tabung Darah sekali gus membantu mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun katanya, bagi pengalaman penganjuran kali ini, diakui beberapa aspek perlu ditambah baik, seperti memperkukuh garis panduan pra-derma dan langkah persediaan untuk penderma baharu.

“Setiap kempen memberi kami pelajaran yang berharga, dan kami komited untuk menambah baik proses ini bagi memastikan kelancaran program di masa hadapan,” katanya.

Beliau berharap pada masa akan datang lebih ramai penderma akan tampil bagi memberi sokongan kepada program seumpama itu.

“Kepada semua yang menyumbang, daripada penderma kepada organisasi yang berkolaborasi, terima kasih kerana menjayakan program ini. Bersama-sama, kita mencipta impak yang kuat, satu derma pada satu masa.

"Kita juga telah menetapkan satu penanda aras baharu untuk kempen derma darah 'Lead With Life’ pada masa  hadapan," katanya.

Davina turut memberikan komitmen untuk meneruskan misi ini dalam membina Sabah yang lebih sihat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.335052 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list