CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27880|Reply: 0

[Sabah] Hajiji gesa siasatan menyeluruh terhadap tuduhan rasuah ahli politik Sabah

[Copy link]
Post time 13-11-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode


HAJIJI

KIMANIS: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menggesa siasatan menyeluruh dijalankan terhadap tuduhan rasuah yang melibatkan beberapa ahli politik di negeri ini.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat ahli perniagaan yang membuat dakwaan rasuah terbabit.

"Itu pemberi rasuah mempunyai niat yang tidak baik untuk mendapatkan sesuatu daripada kerajaan, apabila tidak dapat inilah yang keluar.

"Jadi bagi saya untuk lebih adil, tangkap dia dulu, siasat dia," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Loji Janakuasa 100MW Kimanis Power (Dua) Sdn Bhd dan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Kimanis Power Sdn Bhd di Stesen Janakuasa Kimanis di sini hari ini.

Hajiji berkata, tiada apa untuk disembunyikan kerana kerajaan dalam keadaan baik dan berfungsi dengan baik.

Menurutnya, dakwaan rakaman viral itu hanyalah satu tuduhan dan perkara itu perlu dilaporkan kepada SPRM.

"Itu cuma tuduhan, laporlah kepada SPRM. Kita tiada apa-apa yang mahu disembunyikan," katanya.

Terdahulu, sebuah video selama 17 saat yang dimuat naik oleh sebuah portal dalam talian didakwa memaparkan rakaman audio perbualan antara seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang kontraktor yang membincangkan aktiviti rasuah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.631791 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list