CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29959|Reply: 0

[Sarawak] Perhimpunan aman perjuang kesejahteraan haiwan terbiar

[Copy link]
Post time 14-11-2024 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-11-2024 03:49 AM

Juga cari penyelesaian terhadap pembunuhan dan kekejaman ke atas haiwan terbiar oleh PBT


Ahli-Ahli Parlimen menunjukkan memorandum daripada penganjur berjanji membawa isu tersebut di Parlimen.

"Kami (Ahli-Ahli Parlimen) menerima memorandum daripada penganjur yang menyuarakan kebimbangan kritikal terhadap kekejaman dan pembunuhan kejam terhadap anjing terbiar oleh PBT di seluruh negara.”  

Chiew Choon Man
Ahli Parlimen Miri

Oleh Clare Cinderella

MIRI: Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man menghadiri perhimpunan aman  memperjuang kesejahteraan haiwan dan mencari penyelesaian terhadap pembunuhan dan kekejaman ke atas haiwan terbiar oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Dalam kenyataannya kepada media di sini semalam, Chiew memberitahu bahawa perhimpunan aman itu diadakan di luar bangunan Parlimen dan dianjurkan oleh Global Human Rights Federation (GHRF).

"Kami (Ahli-Ahli Parlimen) menerima memorandum daripada penganjur yang menyuarakan kebimbangan kritikal terhadap kekejaman dan pembunuhan kejam terhadap anjing terbiar oleh PBT di seluruh negara.

"Kami membawa perkara ini ke Parlimen dan memperjuang isu ini untuk memastikan kesejahteraan haiwan diutamakan serta wujudnya penyelesaian lebih berperikemanusiaan dan berkesan dalam menangani isu haiwan terbiar," katanya ketika mengulas mengenai isu itu hari ini.

Menurut Chiew, memorandum diterima itu mengetengahkan insiden-insiden yang melibatkan kekejaman melampau termasuk kejadian di mana seekor anjing dikenali sebagai ‘Kopi’ ditembak mati oleh Majlis Daerah Besut, kejadian di Sabah di mana seorang lelaki memukul anjing sehingga mati dan penemuan kubur besar bangkai anjing dipercayai dibunuh pihak berkuasa di Sitiawan, Perak.

Katanya, insiden-insiden mengerikan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat dan menyatukan suara-suara pejuang hak asasi haiwan di seluruh negara untuk menuntut keadilan.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara kandungan memorandum yang diterima adalah pertama, Semakan dan Pindaan Akta Kesejahteraan Haiwan 2015 dengan memperuntukkan perlindungan lebih baik kepada haiwan.

"Kedua ialah penubuhan Lembaga Kesejahteraan Haiwan sebagai badan bebas dan berwibawa bagi memastikan kawalan dan penguatkuasaan lebih berkesan.

"Ketiga ialah transformasi pusat kurungan anjing bagi PBT dengan menjadikannya sebagai pusat tidak membunuh dan memelihara kesejahteraan haiwan.

"Keempat ialah pengurusan anjing terbiar lebih berperikemanusiaan melalui Program Perangkap-Kasi-Lepas-Urus (TNRM) menjadi solusi jangka panjang bersifat kemanusiaan dalam mengawal populasi haiwan terbiar," jelasnya.

Ahli Parlimen Miri itu berkata, bersolidariti dengan semua menuntut keadilan terhadap anjing-anjing terbiar menjadi mangsa kekejaman maka beliau memastikan suara rakyat serta suara aktivis didengari di Parlimen.

"Kita perlu beralih daripada pendekatan kejam kepada pendekatan lebih berperikemanusiaan dan holistik menguruskan populasi haiwan terbiar selari dengan nilai keprihatinan dan kesejahteraan dalam masyarakat," katanya.

Perhimpunan aman itu turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.626236 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list