CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34246|Reply: 0

[Sarawak] Tambah 10 peratus lagi gaji penjawat awam

[Copy link]
Post time 14-11-2024 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Sarawak digesa tambah gaji semua pejawat awam persekutuan dan negeri yang berkhidmat di negeri ini



"Lebih penting lagi, jawapan daripada Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) kepada soalan yang dikemukakan awal tahun ini menunjukkan pampasan pekerja Sarawak dalam konteks Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak hanya 16 peratus, iaitu jumlah gaji semua pekerja di Sarawak hanya 16 peratus daripada KDNK Sarawak.”

Chong Chieng Jen
ADUN Padungan

Laporan oleh
Patricia Gari
Jessica Jawing
Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kerajaan Sarawak digesa menambah 10 peratus lagi gaji semua pejawat awam persekutuan dan negeri yang berkhidmat di negeri ini termasuk guru, jururawat dan doktor.

Chong Chieng Jen (gambar)(DAP-Padungan) berkata berdasarkan belanjawan kerajaan persekutuan, jumlah gaji yang dibayar kepada penjawat awam persekutuan di negara ini bagi tahun 2025 ialah RM105 bilion.

Oleh itu, katanya jumlah gaji penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak adalah kira-kira RM10 bilion, maknanya penambahan 10 peratus kepada gaji mereka adalah dalam lingkungan RM1 bilion.

Bagi Kerajaan Sarawak katanya, jumlah tersebut adalah berpatutan atau mampu dibayar.

"Lebih penting lagi, jawapan daripada Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) kepada soalan yang dikemukakan awal tahun ini menunjukkan pampasan pekerja Sarawak dalam konteks Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak hanya 16 peratus, iaitu jumlah gaji semua pekerja di Sarawak hanya 16 peratus daripada KDNK Sarawak.

"(Sumbangan) Bayaran pampasan pekerja di peringkat nasional kepada KDNK negara ialah 33 peratus, juga rendah tetapi peratusan atau angka Sarawak jauh lebih rendah.

"Dalam istilah orang awam, pekerja Sarawak mendapat gaji sangat rendah. Oleh itu, sebagai permulaan saya mencadangkan agar Kerajaan Sarawak berkongsi kekayaan dengan rakyat," katanya ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 (Belanjawan Negeri Sarawak 2025) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Dalam perkembangan lain, Chong menggesa Kerajaan Sarawak mempertimbang menggantikan penggunaan kenderaan dikuasakan oleh hidrogen iaitu Autonomous Rapid Transit (ART) dengan bas elektrik.

Bagi menyokong gesaannya itu beliau berkata 10 pihak berkuasa bandar di seluruh dunia dalam percubaan menggunakan bas hidrogen sebagai bas transit semuanya telah gagal.

Beliau berkata ini termasuk di Iceland pada 2001, Perth (Australia) pada 2004, Vancouver (Kanada) mencuba dengan 20 bas hidrogen dan dihentikan perkhidmatannya pada 2014, Sao Paulo (Brazil) pada 2010, San Remo (Italy) pada 2014, Flanders (Belgium)  dengan lima bas hidrogen dan gagal pada 2014, Hamburg (Jerman) mencuba pada 2012 dan dihentikan pada 2019, Pau (Perancis) pada 2019, Wiesbaden (Jerman) pada 2021 dan Montpelier (Perancis) pada 2022.

"Semua pihak berkuasa bandar raya ini telah mencuba bas hidrogen untuk pengangkutan awam mereka dan akhirnya mengghentikan perkhidmatan itu dan beralih kepada bas elektrik.

“Sebab utama ialah operasi bas hidrogen berkali-kali lebih mahal berbanding bas elektrik.

"Sudah tentu jika Kerajaan Sarawak mengabaikan sama sekali faktor kos mengendalikan bas hidrogen, ia akan terus beroperasi tetapi perancangan kewangan yang berhemat harus sentiasa mengambil kira faktor kos-faedah bagi mana-mana program," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040219 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list