CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38620|Reply: 0

[Sarawak] Pemilik tanah di penempatan semula Skim Skrang digesa perbaharui surat hak milik

[Copy link]
Post time 14-11-2024 12:08 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Masyarakat yang memiliki tanah di penempatan semula Skim Skrang digesa segera memperbaharui surat hak milik tanah mereka dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sri Aman sebelum tempoh pemilikan tamat.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datuk Len Talif Salleh turut berkata permohonan pembaharuan pemilikan hak milik tanah juga boleh dibuat secara dalam talian kepada JTS berhampiran.

"Rekod Pejabat Tanah dan Survei mendapati terdapat mereka yang memiliki tanah di Skim Skrang dalam DUN Engkilili telah didaftarkan sejak tahun 1967 dan telah mempunyai hak milik tanah selama 60 tahun. Justeru, tempoh pemilikan tersebut akan luput pada tahun 2027.

"Pemilik tanah di Skim Skrang yang tempoh pemilikan tanah bakal tamat perlu membuat permohonan baharu dalam tempoh dua tahun terakhir ini di JTS Bahagian Sri Aman. Anda boleh datang sendiri ke JTS Bahagian Sri Aman atau memohon secara online menggunakan sistem eRLL yang tertera di laman web JTS," katanya.

Beliau terdahulu menjawab pertanyaan tambahan bertulis daripada Dr Johnical Rayong Ngipa (GPS-Engkilili) yang mahu tahu status pemilikan tanah di Skim Skrang yang bakal tamat tempoh hari ini.

Menurut Len lagi, sekiranya pemilik asal tanah di Skim Skrang sudah meninggal dunia manakala surat hak milik belum diberi bermakna waris si mati harus melaporkan kes ini kepada Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) agar maklumat segera dikemas kini.

"Pewaris si mati perlu segera melaporkan kematian peneroka asal kepada LKTS yang bertanggungjawab terhadap skim penempatan asal ini untuk pengesahan dan rekod baharu bersama dokumen-dokumen berkaitan.

"Sebarang syor untuk memohon dan mendapat surat hak milik tanah oleh pemilik sekarang akan dibawa terus kepada LKTS untuk diajukan kepada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk tindakan seterusnya," tegasnya.

Tambah Len, mengikut rekod JTS mendapati sehingga 31 Oktober 2024, sejumlah 222 lot pertanian serta 203 lot lagi untuk penempatan penduduk telah diberikan kepada peserta skim tanah sejak 1967.


Dalam pada itu, Dr Rayong (gambar) sangat berterima kasih kepada Len Talif dan kementerian berkaitan kerana memberi respons yang pantas kepada pertanyaan bertulis beliau itu.

"Saya telah memperjuangkan isu ini cukup lama kerana ia sangat dekat dengan rakyat di bawah konstituensi saya khasnya di Skim Skrang," ujarnya dan menggesa pemilik tanah segera merebut peluang ini dengan memohon surat hak milik kekal itu di Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.038830 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list