CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40320|Reply: 0

[Sarawak] Kajian kebolehlaksanaan Kereta Api Trans-Borneo dalam proses lantik perunding

[Copy link]
Post time 14-11-2024 12:40 PM | Show all posts |Read mode


Dr Jerip semasa menjawab pertanyaan daripada ADUN pada persidangan, hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Kajian kebolehlaksanaan Kereta Api Trans-Borneo yang dibiayai oleh persekutuan kini dalam proses melantik perunding oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil berkata, perunding yang dilantik akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk menilai dan menentukan model kereta api yang berpotensi untuk dilaksanakan di Sarawak dan Sabah.

“Model kewangan Kereta Api Trans Borneo, yang merupakan sebahagian daripada skop kajian kemungkinan, akan ditentukan sebaik sahaja kajian kebolehlaksanaan selesai.

“Tempoh projek kajian kebolehlaksanaan adalah selama 12 bulan,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Baru Bian (GPS-Ba’Kalalan) pada persidangan DUN di sini, hari ini.

Tambah Dr Jerip, Kementerian Pengangkutan Sarawak mewakili Kerajaan Sarawak dalam kedua-dua jawatankuasa teknikal dan pemandu, bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia, agensi persekutuan dan badan berkanun yang berkaitan, dan Kerajaan Sabah untuk menyelaras dan menyelia kajian.

Katanya, ahli jawatankuasa lain dari Kerajaan Sarawak termasuk wakil dari Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU), Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) Sarawak, dan Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak.

Mengenai skop kajian kebolehsanaan projek berkenaan, Dr Jerip memaklumkan ia termasuk skop teknikal, iaitu ciri-ciri operasi, kos, penjajaran, stesen dan lokasi depoh dan pengurusan pihak berkepentingan.

“Selain itu bagi skol komersial, yang termasuk visi strategik dan cadangan nilai, anggaran permintaan, model pelaksanaan peringkat tinggi, risiko dan cabaran serta penglibatan pihak berkepentingan.

“Skop Sosio-Ekonomi, yang merangkumi kes ekonomi untuk Projek Kereta Api Trans Borneo, impak ekonomi dan sosial negara, kesan pemangkin nod transit, naratif peringkat tinggi dan penglibatan pihak berkepentingan,” katanya.

Sementara bagi skop pembiayaan projek, ia merangkumi cadangan pembiayaan projek atau struktur pembiayaan, pendekatan pembayaran berperingkat, model kewangan dan penanda aras dengan pengendali rel lain, ujar beliau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049628 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list