CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47211|Reply: 0

[Sarawak] Usul meminda Perintah Tetap DUN Sarawak disifatkan menindas, sekat suara pembangkang

[Copy link]
Post time 14-11-2024 01:21 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Violet Yong (DAP-Pending) menyifatkan usul meminda Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebagai menindas dan menyekat suara pembangkang.

Beliau berkata, pindaan itu akan menyekat perbincangan yang bermakna terutama apabila ahli-ahli Dewan dan mereka yang berkuasa disoal atau menyoal.

“Kebenaran amat menyakitkan sehinggakan Perintah Tetap serta pindaan baharu terpaksa dikenakan ke atas ahli pembangkang untuk menghalang kami daripada bersuara.

“Saya percaya dengan pindaan baharu ini, ia akan membawa kepada penyalahgunaan kuasa atau rasuah yang berleluasa,” katanya ketika membahaskan usul meminda Perintah Tetap DUN Sarawak pada Persidangan DUN di sini, hari ini.

Yong menambah, ia merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal kerana Perintah Tetap dibuat supaya sesiapa yang bertanya atau membuat kenyataan untuk mengesahkan kenyataan, dakwaan atau komen dalam akhbar; portal berita dalam talian, media sosial dan platform dalam talian lain atau swasta, individu atau badan, sama ada tepat atau benar.

Justeru menurutnya, semua akhbar atau portal berita mungkin akan ditutup sekiranya berita yang dilaporkan itu dianggap tidak tepat dan tidak benar.

“Adalah jelas Perintah Tetap bertujuan mewujudkan budaya ketakutan bagi menghentikan pembangkang daripada bercakap menentang kerajaan atau individu dan untuk mendedahkan penyelewengan, salah guna kuasa atau skandal.

“Kami pembangkang hanya menjalankan tanggungjawab yang diharapkan daripada rakyat tetapi Dewan ini melarang kami daripada bersuara.

“Di mana demokrasi? Perubahan yang dicadangkan ini adalah satu langkah ke belakang untuk melemahkan tugas semua pihak bagi perdebatan terbuka," katanya.

Yong kemudian mengakhiri ucapannya dengan menggesa ahli-ahli Dewan untuk mempertimbangkan semula usul tersebut kerana menurutnya, jika seseorang ahli Dewan merasakan mereka tidak patut dikritik atas sebarang kesalahan demi kebaikan bersama, maka 'wakil rakyat' mungkin bukan peranan yang sesuai untuk mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.297561 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list