CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46087|Reply: 0

[Kedah] 'Islam larang aib, komen negatif terhadap orang meninggal dunia' - Mufti Kedah

[Copy link]
Post time 14-11-2024 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-11-2024 04:23 PM

'Islam larang aib, komen negatif terhadap orang meninggal dunia' - Mufti Kedah

ROSLINDA HASHIM
14 November 2024 03:40pm



Syeikh Fadzil (kiri) menyampaikan tauliah mengajar agama Islam negeri Kedah 2024 kepada penerima di Seri Mentaloon pada Khamis.




ALOR SETAR - Mengaibkan atau membuat komen negatif terhadap individu yang sudah meninggal dunia adalah dilarang dalam Islam.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, tindakan sedemikian jelas bercanggah dengan ajaran Islam dan tidak wajar menjadi amalan oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, hadis Nabi juga menyatakan agar setiap umat Islam menyebut perkara-perkara baik terhadap individu yang sudah meninggal dunia.

“Amalan seperti itu tidak direstui. Nabi juga menyuruh kita sebut benda-benda baik yang mereka telah lakukan berbanding menyebut benda yang tidak elok, itu dilarang dalam Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penganugerahan tauliah mengajar agama Islam negeri Kedah 2024 disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Seri Mentaloon pada Khamis.

Syeikh Fadzil berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan segelintir netizen yang memuat naik komen negatif dan tidak harmoni berhubung kematian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Daim yang juga ahli politik veteran dan ahli perniagaan meninggal dunia pada usia 86 tahun sekitar jam 8.21 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada Rabu.

Pemergian allahyarham mendapat perhatian banyak pihak termasuk pemimpin negara yang mengutuskan ucapan takziah termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan kerajaan mengiktiraf jasa serta sumbangan Daim kepada negara terutama ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan.


Dalam pada itu, Syeikh Fadzil menasihatkan orang ramai agar tidak mendedahkan keburukan orang yang sudah meninggal dunia atau mengungkit perkara lalu.


"Sekiranya mahu menyebut tentang orang yang sudah meninggal dunia, sebutlah perkara yang elok dan tidak aibkan.

"Perkara yang tidak elok, tak perlu sebut atau ungkit, elok diamkan sahaja.


"Kita tak setuju dengan perbuatan itu kerana tindakan sedemikian bercanggah dengan Islam," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/696576/berita/nasional/islam-larang-aib-komen-negatif-terhadap-orang-meninggal-dunia---mufti-kedah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.057507 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list