CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47374|Reply: 12

[Tempatan] Nukilan Che Nom tentang 5G

[Copy link]
Post time 14-11-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pandangan Che Nom Tentang 5G

Pandangan Che Nom sebagai bekas jurutera telco mengenai 5G, buat masa ini teknologi 5G di Malaysia lebih memberi manfaat kepada syarikat Telco berbanding pengguna biasa, sebabnya?:

Realiti penggunaan: Rakyat Malaysia kebanyakannya menggunakan telefon pintar untuk media sosial sahaja seperti WhatsApp, TikTok, Instagram, Facebook. Aplikasi sebegini tidak memerlukan kelajuan yang tinggi, 4G sudah mencukupi.

Satu lagi, had data - telco memberi kuota data yang terhad, sebagai contoh 50GB ini sekejap sahaja habis. Bila menggunakan 5G dengan kelajuan tinggi, lagi cepat kuota habis. Yang paling malang, pelan data 5G lebih mahal berbanding 4G. Tidak ada gunanya kelajuan tinggi kalau kuota terhad.

Teknologi bateri telefon pun tidak banyak pembaharuan. Kalau menggunakan 5G, lebih tinggi tenaga yang diperlukan, sekejap sahaja bateri habis, telefon pun cepat panas. Kalau banyak bergerak lagi cepat habis bateri telefon tersebut, terpaksa beralih ke 4G.

Liputan pun masih terhad. Kalau kita ke luar bandar, stesen pemancar tidak mencukupi, sentiasa bertukar antara 4G dan 5G. Kadang-kadang proses pertukaran ini membawa banyak masalah. Lagipun, telco masih mahu menggunakan pelaburan 4G mereka.

Sebenarnya 5G buat masa ini lebih menguntungkan Telco berbanding pengguna. Dengan 5G, telco boleh menguruskan bandwidth dengan lebih efisien; kos operasi lebih rendah per bit data, boleh melakukan network slicing (dengan rangkaian yang sama telco boleh menyediakan lebih banyak perkhidmatan contohnya boleh dikongsi untuk perniagaan).
Tambahan pula, kapasiti data untuk masa depan lebih banyak untuk telco, banyak untung dan tidak perlu melabur lagi untuk masa depan.
Boleh menawarkan pakej premium, contohnya 4G pakej standard, 5G pakej premium, kebanyakannya pelanggan korporat akan melanggan seperti syarikat-syarikat.

Jadi pendapat Che Nom, buat masa ini 4G sudah mencukupi untuk pengguna biasa. Aplikasi IoT seperti teksi tanpa pemandu macam Waymo terlalu sukar untuk dilaksanakan dan mempunyai pelbagai masalah. Realiti maya seperti Metaverse tidak mendapat sambutan pun, dan tiada siapa yang berani membenarkan pembedahan secara jarak jauh, lebih baik pergi ke hospital.

Sekadar hendak menggunakan untuk TikTok dan PUBG, data 4G sudah memadai...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun off 5G ni, pakai 4G jerr
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku terminate unifi rm89 10mbps pastu aku beli modem 5g kt shopee, rm70+ dpt 300mbps xyah tebuk dinding, blh bwa balik kampung
Tpi skrg 4g pun dh laju, aku try kt phone dpt gak 200mbps kt tmpt kerja aku
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 07:06 PM | Show all posts
unifi sehauk2nya service
aku tanya kenapa sometime tgh guna bukan peak hour
connection lost?
jawapan 'memang mcm tu'
eh sengalnya technician kamu yang datang tukar router
time peak hour jgn harap kau mampu guna tanpa gangguan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2024 10:02 AM | Show all posts
miszclassique replied at 14-11-2024 06:08 PM
I pun off 5G ni, pakai 4G jerr

The best ever utk protect in terms of health
Sebab gelombang 5G frekuensi dia tinggi berbanding 4G
U still can buy phone baru tapi tukar setting dia kpd 4G
So tiada masalah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 10:13 AM | Show all posts
tahle aku guna 5G elok je, iols guna Maxis utk hp, wifi, unlimited data.  kalau kau manjang tgk video mmgla cepat habis bateri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2024 10:46 AM | Show all posts
patut la aritu asteruk tepon iols suruh update tambah singgit jek... dia kata lebih laju.
iols cakap laju2 nak pi mana... hahaha

lepas tu boleh connect 30 device dalam satu masa... depa nak suruh iols bukak cyber cafe ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 14-11-2024 10:41 AM
Aku terminate unifi rm89 10mbps pastu aku beli modem 5g kt shopee, rm70+ dpt 300mbps xyah tebuk dind ...

Bulan2 bayar berapa.. details lah cite..tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lg pihak yg untung ialah penjual Dan pengeluar handphone 5g. Tp btl jgk Dr buat 5g baik perkasakan 4g ni dkt 1 Malaysia. Kdg2 dpt line 4g tp speed mcm gprs
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukang masak-masak video YouTube
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 09:14 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-11-2024 04:32 PM
Tukang masak-masak video YouTube


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 14-11-2024 07:06 PM
unifi sehauk2nya service
aku tanya kenapa sometime tgh guna bukan peak hour
connection lost?

benarrrr... selalu sgt iols kena lost connection tiba2
iols ada argue dgn CS dia pasal skg kan dh upgrade mpbs 100 kepada 300 tp bila iols check meter kelajuan tu mmg takat 110 mcm tu je. CS unifi tu ckp sb iols pakai wifi tp kalau pakai kabel akan dpt 300mpbs Kepala hotak dia! iols dh pernah try kat TIME mmg dpt 200+ nearly to 300 ya! bila iols ckp nak maintain pakai 100mbps je & xnak upgrade 300mpbs dia kata akan auto jadi contract baru utk 2 tahun Kejiiiii la unifi ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tenet sehari pakai 2-3 jam cukup ja, kan byk kerja lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.549818 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list